‘Tahniah Dato Ayob!’, tindakan drastik dipuji orang ramai

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

‘Tahniah Dato Ayob!’, tindakan drastik dipuji orang ramai. Mendapat sokongan dan pujian ribuan netizen di media sosial. Itu reaksi positif ditunjukkan orang ramai terhadap tindakan tegas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman memerangi pegawai kanannya yang terbabit dengan sindiket dadah.

Ini dapat dilihat apabila laman Facebook (FB) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dihujani lebih ratusan komen dan beribu ‘like’ yang memuji langkah drastik diambil itu.

Harian Metro semalam mendedahkan tindakan dilakukan pasukan tindakan khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman selain Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman menahan pegawai kanan berpangkat Superintendan, Asisten Superintendan (ASP) dan Deputi Superintendan (DSP) yang didapati terbabit dengan sindiket dadah.

Rata-rata anggota yang ditahan berkenaan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Antara komen yang diberikan netizen adalah ‘syabas dan tahniah Datuk Ayob (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman kerana berani ambil tindakan pada anggota yang terbabit dan melindungi penjenayah. Moga Datuk dan anggota (polis) yang jujur dan bertanggungjawab sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.’

'Tahniah Dato Ayob!', tindakan drastik dipuji orang ramai

Selain itu, antara komen lain yang diberikan di dalam FB itu adalah ‘Bukan senang untuk melaksanakan Ops seperti ini kerana sudah pasti akan ada cabaran dan tekanan. Namun saya percaya berbekalkan integriti yang tinggi dan keberanian yang ada dengan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay demi menjaga imej dan nama baik PDRM, InsyaAllah masyarakat negara ini menyokong penuh usaha seperti ini.’

Salah seorang netizen turut berkongsi pandangan dengan menulis ‘Sokong penuh Datuk Ayob Khan, ini yang dikatakan menjalankan tugas. Tidak makan rasuah. Tangkap tak kira pegawai atau pun pangkat rendah.’

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menyifatkan tindakan terbaharu yang diambil JSJN Bukit Aman itu sebagai langkah ke hadapan dalam mengembalikan maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, tindakan yang dilakukan itu adalah konsisten dengan mandat diamanahkan oleh rakyat kepada PDRM.

“Ini juga membuktikan bahawa pihak polis bukanlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak yang dituduh menyembunyikan kesalahan jika membabitkan pegawai dan anggotanya.

“Bagaimanapun, ruang hendaklah diberi kepada pihak PDRM untuk menyiasat sedalam-dalamnya dahulu berhubung isu ini. Buat masa ini, ia masih dalam peringkat siasatan dan sebarang spekulasi hendaklah dielakkan,” katanya.

BACA:

Sajat rayu orang ramai bagi petua pada dirinya ‘lekat’ untuk hamil

Hukum sebenar suami ‘menetek’ susu isteri, Ustaz Azhar jelaskan..

Penyanyi sepohon kayu kumpulan Saujana buat ‘comeback’, rindu nak nyanyi..