Hukum sebenar suami ‘menetek’ susu isteri, Ustaz Azhar jelaskan. Seorang suami dibenarkan meminum susu isterinya dan perbuatan itu tidak haram di sini agama, lapor laman berita Kosmo semalam.
Ini kerana menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, seorang suami adalah ‘tuan’ punya susu berkenaan dan dia tidak perlu meminta izin jika hendak minum susu berkenaan.
ISTERI PEMILIK KANTUNG SUSU, TAPI SUAMI ADALAH ‘TUAN’ SUSU
Katanya, isteri hanyalah pemilik kantung susu (payudara), manakala susu yang ada didalamnya adalah milik suami.
Bagaimanapun katanya, jika seorang isteri itu hendak menyusukan bayi milik orang lain, wanita itu perlu meminta izin suami terlebih dahulu.
“Ini kerana susu milik suami, perlu minta izin kerana isteri hanya pemilik kantung susu (payudara) sahaja,”ujar beliau.
Menurut Azhar, wanita yang belum berkahwin pula tidak mempunyai susu serta tidak mempunyai ‘tuan’.
“Wanita (anak dara) perlu kahwin terlebih dahulu baru ada susu dan ada tuannya iaitu suami.
“Jadi jika ‘tuan’ punya susu (suami) hendak minum susu itu boleh tiada masalah dan bergantung kepadanya sama ada hendak minum dengan cara macam mana sekali pun,” jelasnya.
BACA:
Tiada kos pun terlibat jika lantik TPM, kata pemimpin Bersatu
Gadis d’flora yang tular biar dipeluk lelaki kini insaf, hanya kerja di dapur
Peguam nak tarik diri bela Najib jika mahkamah berkeras terus bicara 15 Ogos