Penampilan Che Ta di Kedah Fashion Week dikecam, “tetap jual nasi lemak dia..”

Oleh INFORAKYAT

Penampilan Che Ta di Kedah Fashion Week dikecam, “tetap jual nasi lemak dia..” Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.

Baru-baru ini, penampilan Che Ta di Kedah Fashion Week 2022 menerusi video dikongsikan di Facebook Nona menjadi perhatian.

Pada acara itu, Che Ta tampil dengan persalinan serba putih hadir ke acara itu yang diadakan di Aman Central pada 5 hingga 7 Ogos lalu. Che Ta juga turut muncul catwalk di atas pentas sebagai penampilan khas pada acara tersebut.

Diruangan komen, ramai yang memuji kecantikan pelakon itu nampak muda meskipun sudah berusia 49 tahun.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan cara pemakaian Che Ta itu serta ada yang memberi teguran tentang aurat.

Penampilan Che Ta di Kedah Fashion Week dikecam, "tetap jual nasi lemak dia.."

Kata seorang netizen, meskipun berpakaian muslimah namun hakikatnya tetap mendedahkan aurat. Ada netizen lain mengatakan, sepatutnya apabila sudah lama berhijab semakin menutup aurat dengan sempurna.

Komen Netizen :

” Cantik tapi memandangkan dah berhijab, bhgian telinga waima cuping telinga pun kna ttup sempurna. “

” Pernah jumpa in real.. mmg cantik , jauh mudanya dari umur “

” Dia tua cara berduit, kita tua cara tak bopa berduit “

BACA:

“Buanglah kopiah tu pakcik”, pengurus travel umrah dipenjara 230 tahun

Harga baru Proton X50 dah keluar, RM1.5K lagi murah dari HRV!

“Dia ni ketagih belajar ke?”, Dah ada 4 ijazah serta 3 kelulusan profossional, nak sambung Phd pulak..