Netizen puji Alha Alfa make-up ratu diva, “sebijik Elfira Loy!”

Oleh INFORAKYAT

Netizen puji Alha Alfa make-up ratu diva, “sebijik Elfira Loy!”. “Cantiknya, macam Elfira Loy,” demikian antara komen yang ditulis pengguna media sosial usai pempengaruh Ratu Farah Diva disolek oleh Datuk Alha Alfa semalam.

Video yang tular di platform TikTok itu memaparkan siri Ratu Farah Diva melalui proses transformasi solekan ala puteri oleh jurusolek terkenal itu.

Malah, kedua-duanya tak henti bercanda sepanjang tempoh Alha Alfa mengoles solekan ke wajah Ratu Farah Diva secara berperingkat dalam sesi siaran langsung platform tersebut.

Selain disolek cantik, Ratu Farah Diva turut dipersiapkan dan dipakaikan tiara di kepalanya hingga pada akhir proses transformasi itu.

Menjadi trademark Ratu Farah Diva, kedua-duanya saling berbalas pick up line yang ternyata mencuit hati netizen selepas selesai sesi rias wajah.

Netizen puji Alha Alfa make-up ratu diva, "sebijik Elfira Loy!"

Puji netizen lagi, sentuhan Alha Alfa itu ternyata membuahkan hasil luar biasa dan mengubah pesona Ratu Farah yang selama ini dipertontonkan di platform digitalnya.

“Cantik make up! Lain betul penangan Alha Alfa.

“Alha Alfa make up Ratu paling lawa di antara semua yang pernah make up Ratu.

“Cantiknya Ratu. Memang cantik kalau kena dengan make up nya.

“Tak lama lagi mesti Ratu pakai braces dan dia upgrade lain lagi. Aaa lawa!” tambah netizen lagi.

@ratufarahdiva smoga dimudahkan urusan kami ♥️🥰 doakan kami #teamratudiva #teamhurhar #ceoofpickuplines #sikokbagiduoratu ♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

BACA:

Ini respon PDRM selepas Facebook dakwa dalang akaun palsu ‘troll’

Tun Mahathir puji Khairul Aming dalam hantarannya

Geram dapat kentang sejuk, pemuda nekad tembak staff Mekdi