Iman Troye bongkar kisah cintanya…Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, bukan mudah untuk mengimbangi pelajaran, cinta dan kerjaya dalam satu masa.
Selepas menjalin hubungan cinta selama empat semester, penyanyi, Iman Troye, 20, membuat keputusan untuk memberikan sepenuh perhatian kepada bidang pelajaran dan kerjaya seninya.
Menurutnya, usia yang muda juga antara faktor yang mengingatkannya untuk tidak terburu-buru membawa hubungan cinta ke peringgat seterusnya.
“Ketika mula-mula masuk universiti dulu, saya mencari juga cinta, tapi bila sekarang sudah di akhir pengajian saya berasa tidak mengapa jika tiada cinta. Ini kerana saya mahu lebih mahu untuk tugasan pensyarah dan kerjaya saya.
“Tipulah tiada yang mendekati dan tipulah juga untuk saya tidak memilih. Sebenarnya saya sudah pun bercinta dengan seseorang selama empat semester, kemudian kami tidak lagi bersama kerana memilih untuk fokus pada pelajaran.
“Untuk memberitahu siapa pasangan saya, saya tidak akan berbuat demikian kerana saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada masa akan datang. Buat mereka yang ingin bercinta ketika di universiti itu adalah pilihan masing-masing. Mungkin mereka mempunyai tanggapan sendiri. Ada yang bercinta ketika belajar disebabkan mereka memerlukan sokongan dari pasangan mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 PTTI, baru-baru ini di mana dia adalah ikon dan duta bagi pusat tuisyen akademik atas talian itu.
Pada majlis itu, PTTI turut meraikan kecemerlangan 335 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2021 di mana seramai 96 pelajar SPM PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus.
BACA:
Johan disebut-sebut masuk team Hot FM
PH beri jaminan akan segera kuat kuasa akta lompat parti di negerinya