Siar berita kematian Tan Sri Khalid Ibrahim, ini respon lidah rasmi milik Pas. Lidah rasmi Pas, Harakahdaily antara yang awal siarkan berita kamatian Tan Sri Khalid Ibrahim. Berita itu mengejutkan seluruh rakyat Malaysia yang percaya hantaran berita tersebut.
Ahli Pas khususnya terus menyebarkan berita kematian bekas MB Selangor tersebut melalui saluranya.
Akhirnya, berita itu ternyata palsu. Berikut merupakan kenyataan penuh portal milik Pas:-
Bismillahirrahmannirrahim
Kami ingin memohon maaf khususnya kepada ahli keluarga Tan Sri Khalid Ibrahim atas kesilapan menyiarkan berita kematian Tan Sri di FB HarakahDaily pada 28 Julai 2022.
Kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan dan kami dengan setulus hati mendoakan semoga Tan Sri diberi kesembuhan yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT.
Sekian.
BACA:
Tragis..Skrin gergasi tiba-tiba runtuh hempap artis terkenal masa tengah konsert