Negara tengah berperang, Presiden Ukraine dikritik hiasi muka depan majalah ‘Vogue’. Wajah Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan isterinya Olena Zelenska bakal menghiasi muka depan majalah Vogue walaupun negara sedang kalut berperang.
Memetik dari thevocket, pasangan itu ditemuramah oleh Vogue di Kyiv, dalam satu temu bual secara tertutup. Vogue juga telah menyiarkan imej Zelenska sebagai bintang muka depan digital terbarunya, memanggilnya sebagai “potret keberanian”, di mana Wanita Pertama Ukraine itu duduk di dalam pejabat presiden dan berpakaian kasual dengan seluar hitam dan berbaju putih. Dia juga telah bergambar bersama tentera dan beberapa bangkai pesawat dalam imej lain yang dikeluarkan oleh Vogue.
“Ketika perang di Ukraine memasuki fasa baharu yang kritikal, Wanita Pertama negara itu, Olena Zelenska, telah menjadi pemain utama – seorang diplomat barisan hadapan dan wajah yang menggambarkan emosi negaranya,” kata Vogue.
Bercakap kepada majalah itu, Cik Zelenska berkata dia bertemu suaminya di sekolah menengah di kampung halaman mereka Kryvyi Rih di tenggara Ukraine. Mereka mula berkenalan semasa di universiti dan membentuk kumpulan satira.
Bagaimanapun, sejak dimuat naik, wajah pemimpin nombor satu Ukraine itu mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna maya. Ada yang suka, manakala sebahagian lagi mengkritik mereka kerana bergambar sewaktu negara di landa perang.
“Dalam satu perjalanan, anda sama ada menembak lawan atau ditembak…oleh Vogue,” komen seorang pengguna Twitter. “Keutamaan. Saya pasti lelaki menghargai usaha Zelensky untuk menghentikan perang. Majalah Vogue pasti akan membantu, Slava Ukraini,” kata pengguna Twitter dalam ciapannya.
BACA:
Mohon Bantuan AM RM350 sebulan, semak kelayakan anda di sini
Gagal bayar pinjaman bank, ramai rakyat kini muflis
Lelaki luncur udara terbabas, sangkut atas pokok lebih 10 jam