Kepala Ular muncul dalam hidangan kapal terbang buat pramugara panik. Kepala ular muncul dalam hidangan yang tersedia dalam sebuah penerbangan tambang murah buat pramugara panik, lapor The Sun.
Pramugara itu dilaporkan dalam penerbangan menuju Dusseldorf dari Ankara tersebut sempat merakam penemuan seram itu dan berkongsi secara dalam talian untuk mendapatkan respon segera daripada syarikat penerbangan yang bertanggungjawab.
Sejurus menerima hidangan makanan tengah hari, dia terus membukanya dan terkejut apabila terlihat kepala ular yang merenung tajam tepat ke arahnya menurut laporan.
“Keutamaan kami adalah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada para tetamu pesawat dan pekerja demi memiliki pengalaman penerbangan yang selesa dan selamat.
“Tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar mengenai perkhdmatan makanan dalam penerbangan kami sama sekali tidak berasas dan tidak boleh diterima. Oleh itu, siasatan terperinci akan mula dilakukan.
“Sehingga proses siasatan berkenaan selesai, semua langkah dan tindakan pencegahan termasuk menghentikan bekalan produk berkaitan telah diambil serta-merta,” ujar jurucakap syarikat penerbangan tambang murah.
Pembekal makanan menafikan perkara tersebut mustahil berlaku di dapur mereka kerana pekhidmatan yang mereka sediakan telah dimasak pada suhu 280°C.
“Syarikat penerbangan itu ialah pelanggan berharga di negara kami dan merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terkenal di Eropah dan baru-baru ini mereka memutuskan untuk mengembangkan lagi rangkaian.
“Kami tidak menggunakan apa-apa objek asing yang tidak sepatutnya berada dalam makanan ketika memasak.
“Justeru, penemuan itu bukan berpunca daripada hidangan yang kami sediakan,” ujar pembekal makanan.
BACA:
Kehilangan Ameera Khan akhirnya terjawab, Neelofa dedah..
Pas mahu sendirian tadbir Kedah, tak mahu parti lain – Hadi
Pemuda ini kongsi buat fail peribadi masukkan semua isi penting, ‘senang lepas ni jadi apa-apa’