Mizz Nina luah isi hati sebenar selepas dakwaan rumah tangga bermasalah. Kecoh dua tiga hari ini mengenai isu rumahtangga Noh Hujan dan Mizz Nina.
Perkongsian penuh tersirat oleh Mizz Nina di Instagram pula menjadi perhatian ramai selepas Noh menjawab persoalan rumahtangga di media baru-baru ini. Perkongsian itu seakan memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar sekaligus mengundang tanda tanya netizen.
Mizz Nina menulis, “Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.
“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.
“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.
“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan,” luahnya.
Penuh dengan makna tersirat, Mizz Nina turut menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT kerana Yang Maha Esa lebih mengetahui.
“Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.
“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui,” tulisnya.
Terdahulu, Noh menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah serta menegaskan bahawa ianya berita palsu.
BACA:
Rasa pelik, suami nekad tinggalkan isteri selepas beranak kembar buat kali ke 5
Kos promosi ‘Keluarga Malaysia’ telan belanja RM5 Juta
Kerajaan mungkin akan perkenal cuti haid kepada wanita di Malaysia