Kos promosi ‘Keluarga Malaysia’ telan belanja RM5 Juta

Oleh INFORAKYAT

Kos promosi ‘Keluarga Malaysia’ telan belanja RM5 Juta. Dalam keadaan negara sedang tenat dengan ekonomi, kerajaan membelanjakan RM5 Juta hanya untuk promosi Keluarga Malaysia. Itu komen Syed Saddiq selepas menteri sahkan kos promosi aspirasi tersebut.

Menjawab di Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, sebanyak RM5 juta kos bagi kempen ‘Keluarga Malaysia’ menerusi peruntukan pembangunan mengikut butiran Pelan Komunikasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030/Keluarga Malaysia yang turut membabitkan aspek pengiklanan dan promosi.

“Kos keseluruhan bagi kempen ‘Keluarga Malaysia’ berjumlah RM5 juta…peruntukan ini adalah peruntukan pembangunan di bawah butiran Pelan Komunikasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030/Keluarga Malaysia.

“Ia sedang di dalam proses perolehan merangkumi kerja pengiklanan dan promosi seperti kerja pengiklanan dan promosi yang masih di dalam proses perolehan membabitkan pelan komunikasi dan penyediaan bahan kandungan kreatif.

Tambahnya lagi, “selain itu, ia juga membabitkan slot televisyen, medium percetakan, slot radio, media sosial dan platform sosial yang berkaitan hebahan dan promosi serta media luar,” katanya menerusi jawatan bertulis menjawab soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah kos keseluruhan bagi kempen ‘Keluarga Malaysia’ termasuk kos perunding, acara, percetakan, pembelian iklan serta kos lain pada sesi Dewan Rakyat.

Kos promosi 'Keluarga Malaysia' telan belanja RM5 Juta

“RM5 juta itu bukanlah sikit…perbelanjaan duit rakyat ini, kenalah berhemah…bayangkan berapa banyak keluarga yang boleh ditolong menggunakan duit sebanyak ini.

“Ia boleh disalurkan untuk bantuan subsidi minyak masak, subsidi kos tanggungan rumah tangga B40, bantuan komputer riba dan tablet untuk pelajar dan bantuan kos sara hidup bagi mahasiswa.

“Banyak lagi cara untuk berbelanja duit itu dengan berhemah…pakai duit untuk memperkasakan rakyat lebih baik dari untuk berpropaganda,” katanya.

BACA:

Tajuddin mengamuk di parlimen, “mulut wanita DAP ni jahat!”

Kerajaan mungkin akan perkenal cuti haid kepada wanita di Malaysia

Dua anakanda YDP Agong terima ijazah serentak dari Universiti London