Cara mohon bantuan RM60,000 untuk bina rumah kos rendah. Adakah anda dikalangan pemilik tanah tapi tidak mempunyai bajet dan peruntukkan untuk membina rumah.?
Maka itu, jangan khuatir kerana kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan diwujudkan supaya dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.
Semakan Syarat Pinjaman Perumahan
Apakah Syarat Kelayakan Memohon?
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 70 tahun
- Bekerja dan mempunyai pendapatan
- Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
- Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
- Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
Apakah Syarat Pinjaman ?
- Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
- Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
- Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
Syarat Pinjaman Generasi Kedua
- Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
- Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
- Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon
- Syarat Cagaran Tanah
- Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
- Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
- Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;
Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun. Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri
Syarat Pembinaan Rumah
- Rumah kos rendah – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
- Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
- Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
- Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
- Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
- Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
- Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
- Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
Cara Mohon Skim Pinjaman Perumahan
Muat turun borang permohonan di sini.
BORANG SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP)
Maklumat Lanjut
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan & Kerajaan Tempatan
Aras 30, N0 51 Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8000 8000/ FAKS: 03-8891 4269
E-mel : [email protected]
BACA:
Pakar sahkan harga kereta akan mencanak naik, beli sekarang atau ‘never’
‘Fake!’, akhirnya Ronaldo bersuara
Rupanya ikon pemotoran anak muda tak ada lesen, dah kena cekup pulak..
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio