Hina penganut hindu, Tok Mat kena siasat polis

Oleh INFORAKYAT

Hina penganut hindu, Tok Mat kena siasat polis. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung kenyataannya dalam sebuah wawancara bersama media antarabangsa yang didakwa menghina penganut agama Hindu.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan Sayap Bersatu Nasional, S Gobi Krishnan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini kira-kira jam 3 petang pada Rabu.

Menurut Gobi Krishnan, kenyataan Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat yang menyifatkan kejatuhan UMNO pada pilihan raya umum (PRU) lepas berpunca daripada salah seorang pemimpin parti yang dianggap sebagai ‘beban besar’ dan disamakan beban itu seperti kavadi diusung masyarakat Hindu semasa perayaan Thaipusam.

“Laporan dibuat terhadap Timbalan Presiden UMNO yang mengeluarkan kata-kata menghina agama dan ritual Hindu dengan menganggap kavadi sebagai satu beban atau ‘baggage’.

“Tindakan menghina agama tidak harus dilakukan sebelum terjadi apa-apa tindak balas yang tidak diingini oleh mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui di hadapan IPD Sentul selepas selesai membuat laporan di sini pada Rabu.

Hina penganut hindu, Tok Mat kena siasat polis

Gobi Krishan berkata, pihaknya telah menuntut permohonan maaf daripada Tok Mat beberapa hari lepas, bagaimanapun tidak mendapat sebarang respon.

Sementara itu, Gobi Krishnan turut membuat laporan terhadap seorang lelaki yang berbahasa Tamil dan dipercayai pemilik kelab komedi kontroversi di ibu negara kerana didakwa telah menghina orang Melayu dan memperlekehkan hak keistimewaan kaum bumiputera dalam persembahannya.

“Tindakan ini melaga-lagakan antara kaum jadi saya harap pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak berulang.

“Kita hidup aman damai dan tidak mahu apa-apa perkara yang menjejaskan hubungan antara kaum,” ujarnya.

BACA:

Panas !!! Dakwaan Umno langgar piagam, Tok Mat ‘sekolahkan’ Pas

Hanya kerajaan dapat mandat rakyat akan diiktiraf dunia – Tok Mat

‘Full Stop’… BN bertanding solo – Tok Mat