Shiekh Dr Mohammad terpilih jadi penyampai khutbah Arafah

Oleh INFORAKYAT

Shiekh Dr Mohammad terpilih jadi penyampai khutbah Arafah. Kerajaan Arab Saudi bersetuju melantik Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), untuk memimpin doa dan menyampaikan khutbah di Masjid Namirah pada Hari Arafah, Jumaat 8 Julai ini.

Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi menerusi portalnya memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz telah mengeluarkan persetujuan ini pada Selasa.

Sheikh Dr Mohammad diiktiraf secara meluas sebagai ulama kontemporari yang komited membawa kesedaran global mengenai imej Islam sebenar, selain mempromosikan nilai-nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian antara agama.

Dalam akademik, Sheikh Dr Mohammad yang merupakan pakar dalam bidang Syariah Islam serta perundangan dan kehakiman sering dijemput memberi syarahan di institusi akademik dan badan intelektual antarabangsa di beberapa negara seluruh dunia.

Terkini di Malaysia, beliau turut hadir dalam Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang diadakan di Bandar Sunway, Petaling Jaya minggu lepas, selain mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Shiekh Dr Mohammad terpilih jadi penyampai khutbah Arafah

Khutbah Arafah yang akan dibacakan dalam bahasa Arab akan bersiaran secara langsung dari Arab Saudi pada Jumaat ini dengan terjemahan 14 bahasa lain termasuk Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Mereka yang ingin mengikutinya boleh berbuat demikian di pautan berikut: https://manaratalharamain.gov.sa/arafa/arafa_sermon/en

BACA:

Vanida Imran pilih pesilat negara jadi suami

‘Jangan ganggu rumahtangga orang’ – Abby Abadi, sekali netizen ungkit kisah lama

Ingat baik, rupanya selama ni kucing kesayangan sendiri curi barang