Baby Shima ada anjing peliharaan?

Oleh INFORAKYAT

Baby Shima ada anjing peliharaan? Nama penyanyi dangdut, Baby Shima sememangnya sentiasa menjadi perhatian netizen dek kerana konten-konten kontroversi yang dikongsi menerusi akaun media sosialnya.

Terbaharu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, sekali lagi menjadi perdebatan di kalangan warganet apabila dia berkongsi video bersama seekor anjing berwarna coklat kehitaman di hadapan sebuah bangunan dipercayai di Manila, Filipina berdasarkan tanda pagar yang ditulis penyanyi tersebut.

Dalam video tersebut, Shima hanya memegang tali yang diikat pada leher anjing itu tanpa memegang atau menyentuh binatang berkenaan.

“Siapa kacau, kena gigit dengan Baby Sugar,” tulis Shima di ruangan kapsyen Instagramnya.

Memerhati di ruang komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Shima yang dikatakan sengaja ‘mengumpan’ warga maya untuk berkata buruk mengenai dirinya.

Baby Shima ada anjing peliharaan?

“Saja nak kena kecam ni.

“Meminta ini dikecam.

“Bila orang kecam, view naik. Ini saja cara nak naikkan nama. Zaman sekarang kalau nak naikkan nama, kena post benda yang jadi kecaman netizen kan,” komen netizen.

Walaupun begitu, ada juga netizen yang mempertahankan Shima yang dikatakan tidak memegang anjing tersebut sebaliknya hanya tali kolar binatang berkenaan sahaja.

“Ala, dia bukan peluk atau pegang pun anjing tu. Masih boleh dipertimbangkan.

“Pegang anjing haram, macam mana pula geng couple pegang tangan… kira macam mana ya. Pegang anjing haram tapi boleh samak. Kalau pasangan couple pegang tanngan haram boleh samak ke?,” tulis netizen.

Sebelum ini, Shima pernah dikecam kerana imej seksi, bertatu serta bergelek keterlaluan sebuah majlis keraian.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

BACA:

Pecahkan cermin kereta setelah anjing dilanggar, netizen sokong tindakan lelaki itu kerana…

Monyet mengganas bunuh 250 ekor anak anjing

Tragedi Gunung Jerai : Anjing bomba berjaya hidu ‘sesuatu’