Youtuber buat ‘content’ tarik tudung perempuan melampau! Menggigil rasa nak marah…!! Tahan jari, tulis padam, tulis padam.
Content creator, takde bab lain dah nak dijadikan konten?
Bab maruah wanita, syariat Allah juga yang kau buat main, kau nak cabar siapa? Allahurobbi, mendidih rasanya darah..
Sebahagaian content creator sekarang ini semakin melampau dan mula membuat sesuatu yang tidak bertamadun, tidak berakhlak..
Tujuan?
Nak undang kecaman? Makian? Nanti naik rating.. Allahu,
“Aku nak tarik tudung perempuan malam ni, ikut suka korang la nak kecam ke nak komen apa ke, aku nak tengok reaction dia marah ke tumbuk ke, buat apa ke, kita tengok ok..”
Selepas dibuat, mintak maaf pada orang yang kena tarik tudung, pastu sebut,
“Kak, saya mintak maaf tarik tudung akak, tu ada kamera saya buat konten je kak, salah ke?”
Melampau..!
Budaya barat yang tidak bersahsiah dengan budaya prank merosakkan tamadun, merosakkan ummat dan masyarakat ini makin menular, kalangan individu baik, suami isteri, ahli keluarga, bahkan juga terhadap ibu bapa.
Alasan? Gurau je, relax r, chill r..
Apooo?
Kepada kakak yang ditarik tudung tu, saya harap kakak pergilah buat report kat balai polis, dengan laporan mengganggu keamanan, mengancam, mencalarkan maruah.
Dan,
Kalaulah ini dirancang, kamu yang merancang semuanya, perancang, pelaksana, pelakon, jurukamera dan semua sekali, sedarlah kamu bermain api dengan siapa. Sedarlah Allah Yang Maha Gagah boleh melenyapkan perbuatan kamu yang mengundang murka Allah ni sekelip mata sahaja.
La haw la wala quwwata illa billah..
BACA:
Senarai rasmi pemilihan PKR 2022, Ketua Wanita bertukar ‘baton’
Pengarah KPDNHEP Melaka dirawat di ICU selepas terlibat kemalangan