Malaysia mula dilanda musim kemarau. Musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand sudah bermula, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).
Musim kemarau dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.
“Fenomena cuaca La Nina di Lautan Pasifik Khatulistiwa diramalkan akan terus melemah dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun ini,” menurut ASMC dalam satu kenyataan.
Sementara itu, fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD) dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.
Namun, ASMC memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.
Oleh itu, ASMC menggesa rantau ini untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan.
ASMC juga menjangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seburuk seperti 2015 dan 2019.
BACA:
Orang mati perlu keluar belanja RM5,000 di Malaysia
Perbadanan Kraftangan Malaysia nak ambil pekerja secara besar-besaran, gaji sehingga RM10K
Jemaah haji dari Malaysia ‘kantoi’ menipu tahap kesihatan, ada penyakit kronik