Logo Hari Kebangsaan dikritik hebat, “macam suruh budak tadika buat”

Oleh INFORAKYAT

Logo Hari Kebangsaan dikritik hebat, “macam suruh budak tadika buat” Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 yang dilancarkan baru-baru ini menerima kritikan daripada netizen yang menyifatkan ia terlalu ringkas mengambil terus lambang isyarat WiFi.

Berdasarkan pemerhatian pada Facebook dan Twitter, netizen turut membuat jenaka selain ada yang membandingkannya dengan logo Hari Kebangsaan tahun-tahun sebelum ini.

“WiFi melambangkan internet Malaysia yang lembab berbanding negara Asia lain yang sudah 5G,” kritik seorang netizen.

“Lebih baik buat pertandingan dalam kalangan murid tadika seluruh negara. Hasilnya lebih baik daripada logo tersebut,” ujar seorang lagi netizen.

Sebelum ini, logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dilancarkan oleh Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Logo Hari Kebangsaan dikritik hebat, "macam suruh budak tadika buat"

Ia berkonsepkan jalur liputan internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk rakyat.

BACA:

Prestasi hambar Harimau Malaya, TMJ tawar diri untuk urus skuad kebangsaan

Pemimpin Bersatu gelar Najib Razak sebagai ketua perungut kebangsaan

Selangor tawar hadiah bernilai RM30000 sempena bulan keluarga kebangsaan