Kerajaan umum harga siling ayam RM9.40 bermula 1 Julai

Oleh INFORAKYAT

Kerajaan umum harga siling ayam RM9.40 bermula 1 Julai. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi, serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

“Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 24 Jun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, manakala harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban.

Kerajaan umum harga siling ayam RM9.40 bermula 1 Julai

BACA:

Ini sebab kasut sekolah ini berharga RM15,000

Kena caj kuah RM1, video lelaki mengamuk depan peniaga jadi tular

Kotak besar warna oren tiba-tiba wujud tengah KL buat orang ramai risau, “misteri betul ni..”