Kanak-kanak pun dah ikut trend ‘sarung cincin’, ini kesan yang ramai tak tahu. Baru-baru ini tular trend ‘sarung cincin’ yang menjadi ikutan pengguna media sosial sehingga mempengaruhi kanak-kanak melakukannya.
Menerusi satu rakaman yang dikongsikan ke media sosial dapat dilihat seorang tenaga pengajar sebuah tadika meminta dua muridnya melakonkan perbuatan menyarung cincin demi menyiapkan sebuah kandungan TikTok.
Video tersebut telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna yang lain kerana ia dianggap kurang sesuai dilakukan oleh kanak-kanak kerana memberi pengaruh yang tidak baik.
Seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al Jengkawi menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam, tampil menegur perbuatan tersebut serta meluahkan rasa kesal terhadap sikap tenaga pengajar berkenaan yang menggunakan kanak-kanak sebagai kandungan videonya.
“Sejak pagi tadi (semalam) ramai yang tag saya pada video ini dan bila saya tengok terus rasa, Ya Allah, apa benda ini?.
“Cikgunya tak ada kerja lain ke? Demi secebis ‘content’, sanggup gunakan budak-budak untuk ikut trend video TikTok?,” soalnya.
Selain itu, Akhi Fairuz beranggapan perkara tersebut seolah-olah menggalakkan murid-murid bersentuhan antara satu sama lain.
“Ada ke disuruh budak lelaki sarungkan cincin pada jari budak perempuan, elok disarung, terus budak itu joget-joget sambil tutup muka, kau ingat benda ini kelakar ke? Nampak ‘sweet’ bila budak kecil yang buat?.
“Elok-elok budak diajar pasal sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat, kau pula ajar mereka bersentuh-sentuhan begini, nak normalisasikan budaya ‘couple’ pada budak-budak sekecil ini ke? Nak bagi mereka seronok kejar benda viral? Generasi apa yang kau nak bangunkan ini?,” tegurnya.
Tambahnya lagi, perbuatan tersebut boleh dikatakan tidak beretika dan melampau kerana menjadi tanggungjawab para pendidik untuk membimbing anak muridnya menjadi seorang yang berguna, bukan mempengaruhi mereka dengan kandungan ‘sampah’ media sosial.
BACA:
Nak kurus punya pasal, kancil ‘legend’ jadi tempat sauna untuk pemuda ini bakar lemak, menjadi!
Peniaga dah mula kenakan caj potong ayam RM2.40 seekor
Bekas isteri Pengerusi Naza Group dipenjara 7 hari hanya sebab ini
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio