Kereta dah tak laku, merosot 12 peratus jualan

Oleh INFORAKYAT

Kereta dah tak laku, merosot 12 peratus jualan. Jualan kenderaan merosot kepada 49,603 unit pada Mei, berbanding 56,213 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan, berkata kemerosotan jualan sekitar 12 peratus pada bulan dikaji disebabkan tempoh hari bekerja yang singkat ekoran cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Kekurangan cip komputer dan komponen serta gangguan dalam penghantaran logistik yang berterusan memberi kesan kepada jualan beberapa pengeluar pada Mei,” katanya.

Bagi tempoh bulan dikaji, industri automotif tempatan menjual 43,710 unit kereta penumpang dan 5,893 unit kenderaan komersial.

Bagi tempoh tahun ke tahun, jualan Mei 2022 adalah 7.4 peratus lebih tinggi berbanding 47,207 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Kereta dah tak laku, merosot 12 peratus jualan

Dari aspek pengeluaran pula, industri menghasilkan 49,154 unit kenderaan pada Mei merangkumi 45,518 unit kereta penumpang dan 3,636 unit kenderaan komersial.

Setakat Mei 2022, jumlah keseluruhan industri (TIV) berada pada 265,656 unit, lebih tinggi berbanding 247,250 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Pengeluaran pula menyaksikan 258,048 unit kenderaan telah dihasilkan dari Januari hingga Mei 2022, lebih tinggi berbanding 241,012 unit yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

Bagi unjuran Jun, MAA mendedahkan jualan pada bulan ini dijangka lebih baik berbanding Mei disokong insentif pengecualian cukai jualan untuk penumpang yang memberi kenderaan penumpang yang akan berakhir hujung Jun.

“Jualan pada Jun juga akan dipacu oleh kempen agresif oleh pengeluar kenderaan. Namun kekurangan cip, komponen dan gangguan rantaian bekalan akan terus menjejaskan beberapa pengeluar,” katanya.

BACA:

Perbadanan Kraftangan Malaysia nak ambil pekerja secara besar-besaran, gaji sehingga RM10K

Akhirnya Neelofa dedah sebab sebenar tak tunjuk wajah anak

Bola sepak : Bangladesh balas dendam, belasah Malaysia 6-0