YDP Agong dalam keadaan gering – Istana Negara

Oleh INFORAKYAT

YDP Agong dalam keadaan gering – Istana Negara.Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ibhi Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta”in Billah kini berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki Baginda dan sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini.

Walau bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan. Sehubungan itu, program yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan juga semua program-program yang terdekat yang melibatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda telah ditangguhkan ke tarikh-tarikh yang akan diumumkan kelak

Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan. Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan.

Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin
Datuk Pengelola Bijaya Diraja
Istana Negara


BACA:

PM sahkan PRU-15 dibuat lebih awal

Selepas lompat keluar Bersatu, Zuraida harap PM kekal jawatan menterinya