Ezuwan kenang detik pertemuan terakhir bersama arwah

Oleh INFORAKYAT

Pereka fesyen dan penyanyi, Ezuwan Ismail tak menyangka ajakan Allahyarham Adibah Noor ke rumahnya di Pandan Indah menjadi pertemuan terakhir, minggu lalu.

Ezuwan terkejut mendapat berita pemergian arwah Adibah yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 7.30 malam ini.

Katanya, dia tak menyangka pertemuan, minggu lalu menjadi momen terakhir.

“Arwah minta saya mengecilkan baju yang ditempah. Sebelum ini, arwah menempah tiga pasang baju, namun, tidak muat selepas berat badannya turun sebanyak 18 kilogram.

“Ketika itu, barulah arwah buka mulut bercerita mengenai penderitaan dialami apabila menghidap penyakit kanser ovari.

Ezuwan kenang detik pertemuan terakhir bersama arwah

“Doktor mengesahkan kesakitan dialami selama ini akibat penyakit kanser ovari, dua hari sebelum Ramadan.

“Jadi, saya perlu mengecilkan baju yang ditempah ketika Ramadan lalu,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ezuwan yang juga anggota kumpulan trio E1 berkata, arwah memaklumkan, rambutnya mula gugur akibat rawatan kimoterapi.

“Arwah terpaksa memakai rambut palsu apabila mencari rezeki.

“Saya sempat memberi semangat kepada arwah pada pertemuan terakhir ini.

“Cuma, saya tak sampai hati mahu mengabadikan gambar bersamanya. Wajah arwah pucat apabila berat berat menyusut.

“Saya juga ada bertanya kenapa tidak berkongsi penderitaan dengan khalayak dan rakan media, namun, arwah memberitahu belum ada kekuatan,” katanya.

 

BACA JUGA :

Noor Nabila dedah sudah tiga kali keguguran

Air boleh wujud di bulan – Saintis

Haqiem Rusli luah perasaan sedih, tak suka orang kasar tegur isterinya