Tindakan pengantin lelaki tampar isteri atas pelamin curi tumpuan

Oleh INFORAKYAT

Tindakan pengantin lelaki tampar isteri atas pelamin curi tumpuan. Gara-gara berang kalah dalam permainan, seorang pengantin lelaki bertindak agresif menampar isterinya di hadapan tetamu lain semasa majlis perkahwinan mereka di Uzbekistan.

Lapor Daily Mail, ketika kejadian, pasangan pengantin baharu itu berada di pentas pelamin resepsi perkahwinan dan diminta menyertai satu permainan yang dianjurkan oleh pengacara majlis di khalayak ramai.

Rakaman video menunjukkan pengantin perempuan memenangi permainan itu terlebih dahulu sehingga menyebabkan pengantin lelaki tidak berpuas hati.

“Dia berasa marah lalu memukul kepala isterinya dengan kuat di pentas pelamin sehingga mengakibatkan bakal isterinya terkejut dengan tindakannya.

“Pengantin perempuan kemudian meletakkan tangan di atas kepalanya dan bergegas turun dari pentas pelamin sambil dibantu dua wanita lain,” jelas laporan itu.

Tindakan pengantin lelaki tampar isteri atas pelamin curi tumpuan

Pengantin lelaki pula kekal berada di pentas pelamin seolah-olah tiada apa berlaku dan merenung ke arah orang ramai yang terdiam seketika.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian berlaku selepas video itu tamat.

Majlis perkahwinan itu diadakan di Uzbekistan dan sehingga kini, tiada sebarang kenyataan mahupun respon dari agensi penguatkuasa undang-undang.

Tidak dapat dipastikan sama ada perkahwinan pasangan pengantin itu diatur keluarga atau pilihan sendiri.

Video majlis perkahwinan itu tular dalam media sosial di Asia Tengah, dengan rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi.

BACA:

Syed Saddiq tak puas hati ada yang salahkan dirinya padang macam bendang

Pesta ganja terima lebih 3,000 pengunjung

Nenek kena pijak gajah sampai maut, dihempap pula gajah yang sama masa upacara pengebumian