Syafi Tee dedah cerita sebenar, “saya menyesal..” Pelakon, Syafi Tee kesal dengan tindakannya memakai pendakap gigi. Katanya, kesesalan itu kerana dia memiliki gigi taring kanan yang cantik.
Jelasnya lagi, keputusan untuk memakai pendakap gigi adalah disebabkan oleh teguran bapanya.
“Sudah tiga tahun pakai sebab gigi tak berapa cantik. Tapi menyesal sebenarnya sebab ada gigi taring yang cantik pada belah kanan.
“Jadi bila diperbaiki rasa sayangnya… dahlah comel bagi saya. Malahan, ayah pernah tegur gigi saya tak teratur sebab adik-beradik lain semua elok,” katanya.
Meskipun pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu tidak pernah dipersenda, Syafi mengakui, wujudnya perasaan tidak yakin pada diri sendiri.
“Dulu saya rasa insecure (tidak yakin) dan terasa jugalah nak ada perubahan tapi reda sahajalah.
BACA:
Orang ramai persoal kelulusan rumah teres bentuk kuil dibina
Tak jadi dengan Erra Fazira, Shahir bakal bertunang founder produk
TMJ kecam jurulatih baru FAM, asal JDT semua dia angkut main