Sime Darby umum 57 unit berharga RM2 Juta berjaya dijual dalam sehari. Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) berjaya menjual kesemua 57 unit kediaman East 57 yang berharga RM1.8 juta hingga RM2.8 juta semasa pelancaran secara maya hujung minggu lalu.
“Dalam masa kurang daripada sehari, kesemua 57 unit rumah superlink tiga tingkat pegangan bebas telah dibeli sepenuhnya.
”Bukan mudah untuk melancarkan produk melebihi paras harga RM2 juta, tetapi kejayaan boleh dicapai apabila kita mempertaruhkan penawaran produk, reka bentuk dan harga yang betul,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican.
Menurut beliau, persekitaran semula jadi, pelan lantai yang lebih besar dan kepadatan pembangunan yang rendah menarik minat keluarga muda yang sedang berkembang di kawasan itu dan jangkaan tersebut terbukti.
Rumah ini mempunyai reka bentuk luas, terang dan lapang serta menampilkan pelan lantai yang lebih besar sedikit berbanding rumah superlink biasa.
Terdapat tiga jenis susun atur dan saiz unit iaitu Jenis A dan C, masing-masing 26’ x 80’ dengan saiz binaan 3,302 dan 3,493 kaki persegi, manakala Jenis B ialah 32’ x 58’ dengan binaan 2,829 kaki persegi.
Ia juga menawarkan 5+1 hingga 6+1 bilik tidur dan lima hingga lapan bilik mandi.
Terletak hanya 20 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, KL East mudah diakses ke lebuh raya utama dan hanya lima minit dari Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak.
KL East semakin matang dengan siapnya dua fasa kediaman, KYS KL East International School, KL East Mall yang berkembang maju dan tidak lama lagi penambahan taman bertaraf dunia, KL East Geopark.
BACA:
‘Traffic Jam’ makin teruk, kerajaan mungkin kenakan caj kesesakan
Wan Saiful disebut akan gantikan Zuraida sebagai menteri
Johnny Depp menang lawan Amber Heard di mahkamah, dapat RM65.7 Juta