Serangan jantung, Jasmin Hamid dikejarkan ke CCU

Oleh INFORAKYAT

Serangan jantung, Jasmin Hamid dikejarkan ke CCU. Pelakon, Jasmin Hamid kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat ser4ngan jantung.

Perkembangan itu dikongsikan suaminya, Nazmir Abd Rahim menerusi Instagram pelakon itu, baru-baru ini.

Menurut Nazmir, Jasmin mengalami ser4ngan jantung buat pertama kali dan kini perlu dirawat dengan ubat-ubatan.

“Sekarang beliau berada di CCU bukan unit rawatan rapi (ICU) kerana ser4ngan jantung semalam untuk pertama kali.

“Keluarga beliau ada sejarah (masalah) jantung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terp4ksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung,” tulisnya.

Serangan jantung, Jasmin Hamid dikejarkan ke CCU

Dalam pada itu, Nazmir turut memohon agar netizen mendoakan kesembuhan pelakon tersebut.

“Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sedia kala secepat mungkin,” tambahnya.

Untuk rekod, Jasmin berkahwin dengan pengurusnya Nazmir Abd Rahman, 36, pada November lalu.

BACA:

Tuntutan palsu, pegawai polis SB saman pengarah kanan Bukit Aman

Netizen kecam Uqasha Senrose makin gemuk lepas kahwin

Rupanya boleh selesaikan bayaran bulanan rumah dengan KWSP