Selamba ‘extend’ rumah flat, MPAJ dedah sebab sebenar terpaksa roboh

Oleh INFORAKYAT

Selamba ‘extend’ rumah flat, MPAJ dedah sebab sebenar terpaksa roboh. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa merobohkan struktur tambahan haram di sebuah rumah flat yang di ubah suai tanpa kelulusan.

Menurut MPAJ dalam satu kenyataan, pemilik rumah yang di ubah suai tanpa kelulusan tersebut jelas menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlaknya tetapi dikongsi secara bersama.

“Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 575 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja,” kata MPAJ menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Tambahnya lagi, isu keselamatan penduduk sekitar juga perlu diambil kira sekiranya tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat oleh pihak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya.

“Tindakan penguatkuasaan di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran MPAJ telah dilaksanakan pada 25 Mei 2022.

Selamba 'extend' rumah flat, MPAJ dedah sebab sebenar terpaksa roboh

“Tindakan bersepadu ini melibatkan Jabatan Bangunan dan Senibina serta Jabatan Penguatkuasa MPAJ,” katanya.

Dalam pada itu, tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat.

Terdahulu, tular gambar yang memaparkan struktur tambahan haram tersebut dirobohkan oleh pihak MPAJ. Ia mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

BACA:

Promo ubat kurus tapi badan sendiri gemuk, netizen kecam Almy Nadia

[Video] Pilot curang bersama pramugari dalam hotel, isteri nekad ‘ambush’ bilik

Tular video amalan khurafat di Gunung Jerai, jabatan agama ambil tindakan