Dari wanita muslimah hingga digelar sundal, Sarah Hildebrand merajuk lari keluar Malaysia

Oleh INFORAKYAT

Dari wanita muslimah hingga digelar sundal, Sarah Hildebrand merajuk lari keluar Malaysia. Digelar perempuan sundal oleh segelintir netizen, pelakon Sarah Hildebrand nekad meninggalkan Malaysia dan tidak akan kembali lagi ke negara ini.

Pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand itu memaklumkan, Islam disalahtafsir dan tercemar kesuciannya disebabkan budaya tidak elok yang diamalkan penganutnya.

“Saya berdepan dengan komen sebegini setiap hari tetapi komen ini memang menang.

“Terjemahan: “Dah nampak macam perempuan sundal. Itu yang berlaku apabila anda berkahwin dengan warga asing.

“Ini adalah kata-kata daripada seorang Muslim kepada Muslim lain. Benar-benar ‘menunjukkan’ agama Islam. Salah satu sebab mengapa saya tinggalkan Malaysia dan tidak akan kembali ke negara ini,” ujar Sarah, 32, menerusi Instastory.

Dari wanita muslimah hingga digelar sundal, Sarah Hildebrand merajuk lari keluar Malaysia

Terdahulu, pelakon yang cukup popular menerusi drama rantaian, Pujaan Hati Kanda itu berkongsi tangkap layar komen seorang individu yang menggelarnya perempuan sundal hanya kerana berkahwin dengan jejaka bangsa asing, Otto Gillen berdarah kacukan Filipina-Amerika.

Sementara itu, menerusi satu hantaran berasingan dalam Instagram, Sarah berkata, dia sayangkan agama Islam namun kecewa dengan peribadi penganutnya yang suka mencemarkan kesucian agama ajaran Nabi Muhammad SAW itu.

“Saya sayang agama saya (Islam) dan tidak akan meninggalkannya kerana saya tahu bukan agama itu yang korup, sebaliknya manusia yang mencemarkan kesuciannya dengan kejahilan mereka.

“Saya diberkati dan sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk berhijrah dan memulakan kehidupan baru. Saya minta maaf kepada anda yang tidak mahu apa-apa selain meninggalkan Malaysia. Saya benar-benar faham dan bersimpati,” katanya.

Ujarnya lagi, dia berharap Malaysia akan berubah menjadi sebuah negara progresif dengan mentaliti rakyatnya lebih berdaya saing.

“Saya harap satu hari nanti Malaysia akan menjadi negara yang lebih sihat dan progresif untuk didiami.

“Saya harap mentaliti akan berubah supaya orang ramai tidak tertekan hidup sesama sendiri. Saya berharap yang terbaik untuk Malaysia dan rakyat Malaysia,” ujarnya yang berpindah ke Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Sarah membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan persaraanya daripada industri seni. – KOSMO! ONLINE

BACA:

Muncul di Billboard New York, Tokti luah perasaan tak puas hati

Aishah luah perasaan, bukan semua boleh jadi macam Abby Abadi dan Norman

Konon kena sorok jin 20 hari, akhirnya doktor pakar ini dijumpai serbuan tangkap basah