Konon kena sorok jin 20 hari, akhirnya doktor pakar ini dijumpai serbuan tangkap basah. Seorang pakar perubatan yang dikenali sebagai Dr Faisal mencetuskan panik ramai selepas dilaporkan hilang tanpa jejak selama 20 hari.
Lebih membimbangkan lagi, motosikalnya dengan enjin yang masih hidup, kad pengenalan, selipar serta beberapa barang peribadi miliknya ditemukan terbiar di tepi kawasan jurang tanpa bertuan.
Maklum pada isteri pergi sertai misi banjir
Selepas dilaporkan hilang, isteri Dr. Faisal menyerahkan semua barang yang dijumpai kepada pihak berkuasa, kemudian misi pencarian dikerah habis-habisan.
Sepanjang 20 hari pencarian, doktor pakar radiologi itu gagal dikesan meskipun pihak polis sudah menggunakan unit anjing pengesan dan memperluaskan misi mencari ke 4 kawasan lain.
Menurut isteri, kali terahir bertemu, Dr Faisal memaklumkan akan menyertai misi bantuan banjir di beberapa wilayah sekitar tempat tinggal mereka.
Terdapat beberapa spekulasi yang berlegar membuatkan ramai yakin hal lebih buruk telah berlaku kepada lelaki terbabit. Antaranya, ada masyarakat sekitar yang mendakwa terhidu bau bangkai yang busuk di lokasi motosikal dijumpai serta Dr Faisal kononnya disorokkan jin di dalam batu & tidak jumpa jalan keluar.
Disorok ‘jin wanita’
@onehundred010 #fyp #viralvideo #dokterfaisal #selingkuhviral #kabarsulawesi #beritaterbaru ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT
Akan tetapi, persoalan kini berakhir selepas polis melaporkan sudah menemui Dr Faisal. Rupanya, dia ditangkap sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik tidur sebuah rumah penginapan. Apabila diserbu, mereka berdua terlihat begitu malu dan cuba menyembunyikan wajah masing-masing kerana tembelang sebenar sudah pecah.
Wanita yang ditemukan bersama Dr. Faisal difahamkan cuma kawan biasa.
BACA:
Panas !!! Zuraida umum keluar Bersatu, bakal letak jawatan menteri
Rakyat disaran beli ikan air tawar jika ikan laut mahal – MB Kelantan
Jabatan Akauntan Negara buka jawatan kosong baru, mohon sekarang