Kena tegur oleh Ustazah, sekali Ifa Raziah lawan balik “Dia tahu ke maksud Istidraj?”

Oleh INFORAKYAT

Kena tegur oleh Ustazah, sekali Ifa Raziah lawan balik “Dia tahu ke maksud Istidraj?” Sebelum ini, terdapat pendakwah bebas memberi teguran kepada penyanyi Ifa Raziah berhubung isu tidak bertudung namun sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Makkah.

Menurut pemilik nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah bebas itu disifatkan secara umum, namun dia merasakan bahawa dirinya terpanggil untuk menjelaskan perkara terbabit.

Siapa orang itu nak letakkan saya ni istidraj. Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja tuhan. Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu adalah orang yang lupakan Allah SWT. Nak sebut nama Allah pun ketat hati dia.

Ujarnya penyanyi berusia 47 tahun ini lagi, jika dirinya tergolong dalam golongan istidraj, dia tidak akan membuat perkara-perkara seperti mengerjakan solat dan belajar mengaji yang menjadi rutin hidupnya.

Perlu ke saya nak tunjuk waktu malam saya bangun tahajud, perlu ke setiap kali solat saya buat live, perlu ke setiap kali saya belajar mengaji secara online saya buat live.

‘Kenapa pertikaikan kehendak Allah’

Kena tegur oleh Ustazah, sekali Ifa Raziah lawan balik "Dia tahu ke maksud Istidraj?"

Kena tegur oleh Ustazah, sekali Ifa Raziah lawan balik “Dia tahu ke maksud Istidraj?”

Dalam pada itu, Ifa turut menjelaskan mengenai kesenangan yang dimiliki olehnya pada ketika ini. Meskipun, dia boleh pergi kemana-mana sahaja, namun Allah SWT telah menggerakkan hatinya untuk menjadi tetamu di Tanah Suci sebanyak tiga kali.

Kenapa saya memilih untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW dan saya nak cuci dosa saya di Tanah Suci sebab saya suka sangat pergi ke Tanah Suci berbanding negara lain. Dekat sana saya boleh dekatkan diri dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Itu ke yang dinamakan istidraj?

Kenapa manusia durjana ini semua nak pertikaikan kehendak Allah? Allah tahu saya belum bertudung tapi Allah jemput saya untuk belajar banyak perkara baru dalam hidup semasa membuat ibadah.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Miss Diva ini mengakui bahawa dia sudah lali menerima pelbagai kecaman serta kritikan sejak dia bergelar anak seni pada 26 tahun yang lalu.

Memang saya tahu buka aurat tu dosa besar dan menutup aurat itu wajib. Dalam live pun saya sebut doakan saya baik-baik, InsyaAllah saya berubah ke arah tu. Tapi bila orang seperti saya yang jahil ni lagi seorang pendosa bagi komen, semua orang tak boleh terima apa pandangan saya.

Terpulang hak masing-masing sebab hidup kita ini diberikan pilihan. Kalau orang suka saya, Alhamdulillah, kalau orang benci saya pun tak ada masalah. Dipuji pun saya tak akan terbang, dihina pun saya tak akan tumbang.

BACA:

Rakyat disaran beli ikan air tawar jika ikan laut mahal – MB Kelantan

Panas !!! Zuraida umum keluar Bersatu, bakal letak jawatan menteri

Tak sampai seminggu cerai, Azri Iskandar kongsi gambar berdua dengan gadis