Baru tingkatan 5 dah jadi ibu, “kesian tertidur di sekolah penat jaga anak”. Perkahwinan di usia muda tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat dunia dan mereka juga menggalas tanggungjawab seorang ibu bapa ketika masih bergelar pelajar sekolah.
Baru-baru ini, menjadi tarikan pengguna media sosial apabila seorang pelajar yang juga bergelar seorang ibu berkongsi kisahnya sehingga tertidur di dalam kelas kerana penat menjaga anaknya berusia tiga bulan sehingga lewat malam.
Menerusi video yang dimuat naik @learissaa itu, dia sempat berkongsi gambar pada waktu malam yang mana dia perlu menahan rasa mengantuk walaupun keesokan pagi harus ke sekolah sebagai seorang pelajar demi menjaga bayi kecilnya.
“Night (malam) di rumah,” tulisnya.
Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada pengguna memberi pandangan mereka berhubung pasangan muda ini yang seharusnya memastikan telah selesai belajar dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Cukupkan ilmu dan tanggungjawab seorang pelajar dahulu, selesai semua, baru kahwin, takut prestasi belajar menurun, kasihan hampakan harapan ibu bapa nak tengok anak cemerlang dalam pelajaran, kalau ke sekolah tidur, mana ilmu nak masuk,” komen Atia Liyana.
Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut untuk terus cekal menggalas dua tanggungjawab pada satu masa.
“Moga segala urusan awak dipermudahkan, berjaya dalam belajar, belajar jadi ibu yang hebat,” ujar Fatin.
@leaarissaa when you become a mother too early 🤭 #fypシ #mamamuda ♬ Chạy ngay đi _ Sơn Tùng MTP – dhn
“Yang suri rumah jaga anak pun penat macam naik bukit, tak boleh bayang letih awak lagi-lagi kena pergi sekolah, memang wanita hebat,” puji pengguna lain.
BACA:
Rakyat disaran beli ikan air tawar jika ikan laut mahal – MB Kelantan
Hasil ‘make-up’ Mak Andam ni next level punya, “punyalah confident..”
Pakai songkok, lelaki buang patung hindu dalam tong sampah rupanya bukan islam?