Rakyat Singapura jual ayam KFC RM3.8 juta selepas Malaysia henti eksport ayam

Oleh INFORAKYAT

Rakyat Singapura jual ayam KFC RM3.8 juta selepas Malaysia henti eksport ayam. Singapura menjadi bahan ketawa media sosial apabila rakyatnya bertindak menjual makanan berasaskan ayam seperti ayam goreng dan nuget di platform jual beli barangan terpakai, Carousell, antaranya pada harga mencecah S$1.2 juta (RM3.8 juta), lapor portal Coconuts.

‘Kegilaan’ itu susulan pengumuman Malaysia yang akan menghentikan eksport ayam segar bagi memastikan bekalan domestik terjamin.

“Disebabkan permintaan yang meningkat dan bekalan rendah, ini adalah peluang terakhir anda untuk menikmati hidangan ayam sebelum ia pupus untuk generasi akan datang,” tulis ikalna dalam akaun @Nuclearbeast.

Tawaran berharga RM3.8 juta itu dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang menyenaraikan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai barang ‘terhad’ dan sangat jarang didapati.

Satu lagi hidangan iaitu ayam popcorn sejuk beku edisi terhad turut tersenarai pada harga lebih S$60,000 (RM1.9 juta).

 

Rakyat Singapura jual ayam KFC RM3.8 juta selepas Malaysia henti eksport ayam

Rakyat Singapura jual ayam KFC RM3.8 juta selepas Malaysia henti eksport ayam

Senarai itu diteruskan dengan penyenaraian sepinggan nasi ayam Hainan berharga lebih S$1,000 (RM3,195), sepinggan ayam goreng pada harga S$20,000 (RM63,916) dan juga sekotak McNuggets berisi empat ketul nuget yang memiliki harga S$500 (RM1.597).

Menteri Negara bagi Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Desmond Tan bagaimanapun telah memberi jaminan bahawa terdapat bekalan mencukupi untuk semua orang dan tidak perlu melakukan sebarang pembelian panik.

Beliau berkata, rangkaian pasar raya NTUC mempunyai stok ayam selama berbulan-bulan dan lebih banyak lagi akan diterima dalam masa terdekat.

Singapura mengimport kira-kira 34 peratus bekalan ayamnya dari Malaysia dan mendapatkan yang lain dari Thailand, Australia, New Zealand, Brazil dan Amerika Syarikat.

BACa:

Rupanya ini beza ‘Guna Sebelum’ dan ‘Baik Sebelum’ pada produk makanan dan minuman

Kafe jual air dalam beg bentuk ‘alat sulit’ jadi perhatian