Petua elak kucing berak dan kencing merata, guna 2 bahan dapur ni je. Ramai dalam kalangan kita yang mengalami masalah bau najīs kucing terutama mereka yang tinggal dalam kejiranan jian-jiran yang membela kucing. Menjadi masalah lagi apabila kucing-kucing yang dibiarkan bebas membuang najīs merata-rata dalam kawasan rumah kita.
Memang strēss jika setiap kali buka tingkap atau pintu kita terhidu bau najīs dan air kencīng kucing memang tidak menyenangkan ini.. Boleh hilang mood dibuatnya, kena basuh lagi kencīng dan tahī kucing bersepāh-sepāh dekat halaman rumah.
Jika adana mengalami masalah ini, anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Zuriaty Musa ini. InsyaAllah masalah pencemaran bau di kawasan rumah anda dapat diselesaikan.
PETUA ELAK KUCING BERāK & KENCīNG MERATA DIKAWASAN RUMAH
Siapa tak marahkan kalau bangun je pagi tercīum aroma bau tahī kucing. Tahi kucing tu pulak bukan tahī kucing kita, tahī kucing jiran kita. Siapa tak marāh kan?
Tapi nak buat macam mana, kucing kan. Nak marāh pun tak boleh. Nak bergāduh dengan jiran pun lagi lah tak boleh kan. Tapi ini ada petua yang kak ty dah guna lama dah untuk masalah ini.
BAHAN-BAHAN
2 labu Bawanh Putih
3 atau 4 batang Serai
1 Cawan Air
CARA PENYEDIAAN
Caranya mudah sahaja.
LANGKAH PERTAMA
Kupas, hiris dan kisar semua bahan di atas
LANGKAH KEDUA
Petua elak kucing berak dan kencing merata, guna 2 bahan dapur ni je
Tapis, ambil airnya dan masukkan ke dalam botol spray
CARA PENGGUNAAN
Mudah sahaja, cuma sembur sahaja dimana-mana tempat yang selalu kucing berak/kencing atau mana-mana tempat yang selalu kucing bermain.
KADAR SEMBURAN
Musim Hujan – Sembur 2 minggu sekali
Musim Kemarau – Sembur sebulan sekali pun ok
Itu sahaja, mudah kan? Selamat Mencuba!
View this post on Instagram
BACA:
Kafe jual air dalam beg bentuk ‘alat sulit’ jadi perhatian
Anak Azhar Zulaiman pakai baju tali halus, benda lain pula yang netizen perasan
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022 kini dibuka
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio