Tak sampai seminggu cerai, Azri Iskandar kongsi gambar berdua dengan gadis

Oleh INFORAKYAT

Tak sampai seminggu cerai, Azri Iskandar kongsi gambar berdua dengan gadis. Baru seminggu bercer4i tal4k satu dengan aktres Ellie Suriaty, aktor Azri Iskandar dikatakan sudah menemui pengganti baharu dalam hidupnya.

Spekulasi timbul apabila aktor berusia 54 tahun itu memuat naik sekeping foto bersama seorang gadis muda di laman Facebook story miliknya.

Memetik laporan Getaran, Azri bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa gadis itu adalah rakan pelakon yang digandingkan sebagai watak anak dalam telefilem berjudul Suri Rumah Terfeeling.

Gadis di dalam gambar itu bukanlah kekasih saya. Tapi, dia adalah pelakon baharu yang menjadi anak saya dalam telefilem bertajuk ‘Suri Rumah Terfeeling’.

“Nama dia Nur Atiqah dan dia jadi anak saya di dalam drama ini. Kami ambil gambar ini untuk dijadikan prop di dalam telefilem ini.

“Tolonglah jangan ada yang menganggap bukan-bukan. Kesian dia. Umur dia masih muda, hampir sebaya dengan anak saya. Nanti tidak pasal-pasal pula dia jadi mangsa tohmahan,” katanya.

Sementara itu, Azri juga berharap netizen tidak mengecam bekas isterinya selepas wanita itu berkali-kali meminta untuk berpisah sebelum ini.

“Tolonglah, jangan kecam dia. Dia tidak salah. Sudah memang takdir kami tidak lagi sehaluan dan terpaksa membawa hala tuju hidup sendiri.

Tak sampai seminggu cerai, Azri Iskandar kongsi gambar berdua dengan gadis

“Ellie banyak berjasa dengan saya dan saya tidak akan lupakan segala jasa-jasanya itu. Saya terima suratan takdir kami sekarang ini dan biarlah selepas ini kami jadi sahabat pula.

“Sebagai sahabat, saya tetap akan membantu dia di kala susah dan senangnya. Tidak kiralah sama ada bantuan itu dari sudut wang atau tenaga,” ujarnya.

Kemungkinan rujuk, Ellie Suriaty serah pada Allah

Demikian kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar, 52, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar, 54, yang tidak men0lak sekiranya mereka rujuk semula.

Ellie berkata, sebagai hamba Allah dia tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

“Kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya faham apa dia luahkan itu sebab kami sudah bersama dalam tempoh lama. Kadang-kadang perpis4han perlu untuk perbaiki diri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ellie, dia mengambil peluang sepanjang tempoh edah ini untuk merehatkan diri, fikiran dan bermuhasabah.

“Esok genap seminggu perpisahan kami. Diakui pada awalnya susah sikit mungkin sebab usia perkahwinan kami yang lama hingga 19 tahun. Tapi, ini masa untuk saya rehatkan diri, fikiran dan muhasabah diri. Begitu juga dengan dia. Harapnya kami boleh menjadi hamba Allah yang lebih baik pada masa akan datang.

“Ini sebab kita tak tahu apa berlaku pada masa akan datang. Saya tak nak riak, tapi bersederhana saja. Apa yang Allah berikan ini saya perlu lalui sebagai perjalanan untuk pengalaman,” katanya.

Ditanya sejauh mana kesudiannya bekerjasama dengan bekas suaminya, Ellie bersikap terbuka.

“Saya boleh bekerjasama dengan dia. Sama ada dalam lakonan atau saya arahkan dia. Ia bukan isu sebab saya kagum dengan bakat dia. Bagi saya dia sangat berbeza dengan pelakon lain dan anggap dia pelakon ‘mahal’ berdasarkan bakat dimiliki.

“Kehadiran dia di skrin sangat hebat. Dalam industri keratif, kita hargai bakat orang lain. Jadi, soal nak bekerjasama selepas ini saya okay dan tidak ada isu kerja dengan dia,” katanya.

Terdahulu, Ellie dan Azri disahkan bercerai talak satu di Mahk4mah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada 17 Mei lalu.

Hasil perkahwinan selama 19 tahun, pasangan itu dikurniakan dua anak, Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Sementara dua lagi Ellie mengalami keguguran.

Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan terdahulu mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, Nur Anis Mastura, 27.

BACA:

Wanita tolak dakwaan sukarela buat hubungan seks dengan pembantu Hilman Idham

Kecoh BBC News tulis ‘Manchester United are rubbish’ di siaran berita

“Veteran ATM kena sidai tengah panas, pegawai duduk dalam khemah”