Akhirnya Fauzi Marzuki respon isu dakwaan bekas isterinya kahwin dengan Najib. Bekas isteri kahwin dengan Najib, akhirnya Fauzi Marzuki buka mulut, Fauzi Marzuki memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu perkahwinan bekas isterinya, Hashimah Ramli, 53, bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor portal Getaran.
Malah, Fauzi berkata, dia sendiri tidak tahu berkenaan dengan dakwaan perkahwinan tersebut sehinggalah dimaklumkan oleh orang lain.
Sekeping gambar tular yang didakwa Najib bersama isteri baharunya, Hashimah. — Twitter
“No komen. Perkahwinan dia dengan Najib, tiada kena mengena dengan saya. Lagipun, selepas kami bercerai pada 2013, dia (Hashimah) bebas untuk berkahwin dengan siapa pun yang menjadi pilihan dia.
“Saya sendiri tidak tahu kenapa media cari saya tentang perkahwinan dia. Saya tiada kaitan dalam hal ini,” katanya.
Untuk rekod, Fauzi dan Hashimah berkahwin pada 1993 sebelum bercerai pada 2013.
Terdahulu pada Jumaat, tular gambar mirip Najib bersama wanita misteri yang didakwa Hashimah bersama menantu dan tiga orang anak, sekali gus membangkitkan desas-desus kedua-duanya sudah mendirikan rumah tangga.
BACA:
Model dari Malaysia selamba pakai baju nipis tanpa ‘bra’ jadi bualan hangat
Rupanya cendol bukan berasal dari Malaysia
Isu ayam tiada : Ramai pekerja berhenti sebab tak tahan kena korek najis ayam
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio