TMJ dan Sanusi sekali lagi ‘bercakaran’.. Selepas berdiam diri sepanjang isu ‘tokong’ dibangkitkan beberapa hari lalu, akhirnya pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil bersuara dengan nada berang.
Jelas Tunku Ismail, beliau mahu Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Sanusi Md Nor mendedahkan siapakah ‘tokong’ yang dimaksudkan olehnya.
“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala-galanya. Ini cakap main sembuh (sembur) badut McDonald pun boleh,” tulis Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Beliau berkata, Sanusi perlu menunjukkan bukti tentang kewujudan ‘tokong’ yang didakwa mengawal segala perjalanan Liga Malaysia hingga mewujudkan persaingan tidak adil dalam kancah liga tempatan.
“Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta,” katanya di laman Twitter miliknya.
Ujarnya, tindak tanduk Menteri Besar Kedah itu sebenarnya permainan ‘orang politik’ yang mahu menutup kelemahan sendiri.
“Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician.”
Sebelum ini, Sanusi menegaskan Liga M perlu ditadbir dengan adil tanpa perlu campur tangan pihak tertentu yang dilabelnya umpama ‘tokong’.
Sanusi turut membuat pendedahan mengenai individu berkenaan turut memberi hadiah bonus kepada pasukan lain sekiranya mereka berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA).
Walaupun tidak menamakan siapakah individu itu, ia seolah-olah merujuk kepada pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air dan penamatan perjanjian pinjaman penyerang JDT, Syafiq Ahmad menguatkan lagi dakwaan itu.
BACA:
Model dari Malaysia selamba pakai baju nipis tanpa ‘bra’ jadi bualan hangat
Rupanya cendol bukan berasal dari Malaysia
Kerajaan Pulau Pinang siapkan rumah mampu milik serendah RM72,500
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio