Orang ramai teruja tempahan perodua Alza baharu dibuka, harga dari RM69K. Nampaknya, sudah semakin hampir pelancaran model yang paling dinanti-nantikan tahun ini, iaitu Perodua Alza (D27A). Menurut satu hantaran oleh pemilik akaun Facebook bernama Ong Wanqiu di laman group Perodua Alza 第二代2022(中文版讨论区), model MPV tujuh-tempat duduk itu kini dibuka untuk tempahan.
Menurutnya, Alza (D27A) akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan). Ia sama seperti informasi yang kami peroleh dalam artikel terdahulu. Paling menarik, anggaran harga untuk model serba baharu ini adalah sekitar RM69,000.
Tambahnya, yuran untuk tempahan adalah RM100 dan wang boleh dikembalikan. Menurut individu tersebut lagi, pelancaran model Alza (D27A) dijangka pada bulan Jun 2022. Menurut ejen perisik Mat Bond, kembar kepada Daihatsu Xenia itu kini dalam fasa pra-pengeluaran dan pengeluaran massanya dijangka bermula pada hujung bulan ini.
Kami meramalkan, Alza (D27A) akan dilancarkan secara rasmi sekitar bulan Jun (paling awal). Model MPV ini dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT.
Secara keseluruhan, reka bentuk luaran model ini tidak jauh berbeza dengan saudara kembarnya di Indonesia, iaitu Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz. Kata Mat Bond, bahagian atas lampu hadapan Alza (D27A) dilengkapi dengan lampu signal berurutan, sama seperti Ativa.
Perodua turut menawarkan dua saiz rim berbeza untuk Alza (D27A), iaitu 15-inci (185/65 R15 untuk varian X), manakala 16-inci (195/60 R16 untuk varian H dan AV).
Dari segi kemasan dalaman, varian X akan mendapat kemasan fabrik, manakala varian H dan AV akan menerima kemasan separa kulit.
Antara ciri-ciri Alza (D27A) adalah brek parkir elektronik, corong pendingin hawa baris belakang, kamera 360 darjah, mod pemanduan (Normal, Eco dan Power), panel meter digital (varian H dan AV) dan unit infohibur skrin sentuh 9-inci dengan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto (varian H dan AV).
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi 6 beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, brek cakera belakang, Amaran Pra-Perlanggaran, Brek Pra-Perlanggaran, Amaran Berlepas Hadapan, Kawalan Injak Pincang Tugas (Pedal Misoperation Control), Amaran Keluar Lorong, Pencegahan Keluar Lorong, Lampu Tinggi Automatik, Lampu Pemanduan Adaptif (varian H dan AV), Kawalan Jelajah Adaptif (varian AV), Kawalan Kekal Lorong (varian AV), Pemantau Titik Buta (varian AV), dan Amaran Lintasan Belakang (varian AV).
Info terkini dari Mat Bond mengatakan yang setakat ini Perodua masih lagi belum secara rasmi membuka tempahan untuk model Alza (D27A). Berkemungkinan, tempahan ini dibuat menerusi model Alza semasa tetapi permohonan pinjaman pula dibuat atas model Aruz.
Nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa!
BACA:
Nabila Razali jawab isu diserang netizen sebab tak kenal penyanyi lagenda Renggo
Wajah Siti Nurhaliza terpapar pada skrin besar di New York
Pengarah Syarikat dedah beri wang kepada Zahid setiap bulan dalam Dollar Singapura
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio