Wanita maut, patung Kuil terjatuh ketika upacara agama di Perak. Seorang wanita meninggal dunia selepas cedera parah terkena serpihan patung batu yang terjatuh ketika sambutan upacara keagamaan di sebuah kuil di Buntong di sini pada Ahad.
Kejadian sekitar jam 9.50 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 53 tahun berada di kuil berkenaan mengikuti upacara keagamaan yang sedang berlangsung.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, namun disahkan meninggal dunia setelah rawatan kecemasan diberikan.
“Siasatan awal mendapati, serpihan patung batu itu terjatuh dari bahagian atas bangunan kuil dan mengenai kepala mangsa.
“Kejadian sama turut mengakibatkan kecederaan ringan kepada dua wanita lain yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan telah dibuka untuk siasatan lanjut.
“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu boleh tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.
Maklumat boleh disalurkan melalui pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Hasbullah Hasan di talian 013-5555585.
Insiden kejadian itu tular apabila video berdurasi 20 saat dikongsi di media sosial menunjukkan serpihan patung batu berkenaan jatuh.
BACA:
Jangan panik kalau duit hilang dalam akaun bank anda, guna cara ini
Rupanya Zara Zya dah bertunang tapi dah putus, bekas tunang cerita hal sebenar
Kelab malam diserbu pengunjung selepas kerajaan benar pembukaan semula