Panas melampau, ribuan burung jatuh dari langit buat orang ramai terkejut

Oleh INFORAKYAT

Panas melampau, ribuan burung jatuh dari langit buat orang ramai terkejut. Hampir setiap hari, pasukan penyelamat di Gujarat mengutip puluhan ekor burung yang ‘terjatuh dari langit’ akibat mengalami kelesuan dan kekurangan air ekoran gelombang haba yang melanda India.

Ketika ini, banyak kawasan di India mengalami kemarau luar biasa, menyaksikan Perdana Menteri, Narendra Modi memberi amaran risiko berlakunya kebakaran hutan.

Para doktor veterinar di sebuah hospital yang diuruskan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Ahamedabad memaklumkan, mereka sudah merawat ribuan burung sejak beberapa minggu lalu.

Kebanyakan burung yang berdepan situasi itu adalah merpati dan layang-layang.

“Tahun ini merupakan tempoh yang paling teruk apabila kami menyaksikan peningkatan 10 peratus melibatkan jumlah burung yang perlu dirawat segera kerana musm panas ini.

“Kesemua burung yang dirawat akan diberi vitamin dan air yang mencukupi,” kata seorang doktor haiwan, Manoj Bhavsar.

Panas melampau, ribuan burung jatuh dari langit buat orang ramai terkejut

Selain itu, penduduk setempat juga terkesan dengan cuaca panas yang berlaku, menyebabkan pihak berkuasa kesihatan Gujarat mewujudkan wad khas untuk pesakit yang dilanda strok haba atau penyakit berkaitan cuaca panas.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi India (IMD) memaklumkan barat laut dan tengah India merekodkan suhu tertinggi bagi April dalam tempoh 122 tahun.

Menurut IMD, purata suhu maksimum pada April direkodkan pada 37.78 darjah Celsius sebagai yang tertinggi bagi kawasan tengah India.

Barat laut pula mencatatkan bacaan 35.9 darjah Celsius yang menghampiri 3.35 darjah Celsius melebihi suhu normal.

BACA:

Gara-gara baca komen netizen, lelaki batal hasrat nak tambah isteri

Lelaki berjaya tangkap ikan pari seberat 180 kg

Tahniah Pok Ya Cong Codei, terpilih jadi Duta anak seni Kelantan