Sumber pendapatan Irfan Haris merudum selepas disahkan penyakit…Selepas hampir setahun menahan sakit tonsil, penyanyi Irfan Haris bakal menjalani pembedahan yang dijadualkan pada Julai depan di Pusat Pakar Perubatan KPJ Dato Onn, Johor Bahru.
Kata penyanyi Pesan itu, keadaan kesihatan kurang baik turut memberi tekanan kepada dirinya kerana boleh menjejaskan sumber pendapatan rezekinya sebagai seorang penyanyi.
“Mungkin kena jalani pembedahan, kalau bedah saya kena rehat sebulan dualah.
“Agak tertekan tetapi saya kena kuat dan positif juga. Buat masa sekarang ini saya masih boleh bergantung pada ubat.
“Jadi saya kena jaga makan ubat dan jangan paksa sangat menyanyi. Insya-Allah saya boleh mula menyanyi balik secara perlahan-lahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Kongsi adik penyanyi Amira Othman, dia berterima kasih dan bersyukur kerana dihujani sokongan moral daripada peminatnya.
Untuk rekod, Irfan kini sedang berehat di rumah selepas menerima rawatan di hospital.
Terdahulu Irfan ada memuat naik perkongsian video mendedahkan dirinya menghidap penyakit tonsil yang hampir setahun tidak menunjukkan perkembangan pulih.
BACA:
Anya Geraldine ‘belanja’ body putih mulus dalam iklan mandi, peminat mula resah
Lelaki berjaya tangkap ikan pari seberat 180 kg
Baru umur 10 tahun dah dapat hadiah Lamborghini, “bapak dia kerja apa?”