Wanita salahkan GPS, pandu SUV rempuh turun tangga. Seorang wanita mabuk di Amerika Syarikat (AS) memandu kenderaannya menuruni tangga di sebuah garaj, lapor laman berita Wion News semalam.
Wanita berusia 26 tahun itu berkata, insiden itu berpunca daripada kesilapan aplikasi sistem pengesanan global (GPS).
Dia memandu kenderaan utiliti sukan (SUV ) di atas tangga menuju ke garaj Jabatan Polis Portland. Polis mendakwa bahawa wanita itu memandu dalam keadaan mabuk.
“Seorang wanita berusia 26 tahun memandu melalui Jabatan Polis melintasi plaza pejalan kaki kami dan kemudian cuba menuruni tangga ke Middle Street.
“Wanita itu memberitahu bahawa dia mengikut arahan aplikasi GPS tetapi pegawai yang menyiasat kes tersebut berpendapat kejadian itu berpunca daripada perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol ,’’ kata kenyataan polis.
Tambah kenyataan sama, wanita itu kemudian disaman kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
“Kami bernasib baik kerana dia tidak melanggar sesiapa dan kejadian itu berakhir dengan hanya kerosakan harta benda. Tolong jangan minum arak dan memandu,’’ jelas kenyataan itu.
BACA:
Zizie Izette akui terima wang RM2.8 Juta, kata saksi
“Niat bina tahfiz ok dah, tapi baju Janna Nick pula buat mata adik tahfiz terseksa..”
Zul Ariffin payung gambar tengah joging, sekali benda lain pula netizen perasan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio