Tips untuk pengantin baru yang ‘first time’ beraya rumah mentua

Oleh INFORAKYAT

Tips untuk pengantin baru yang ‘first time’ beraya rumah mentua.Siapa di sini kali pertama beraya bersama keluarga mertua? Mesti hati berdebar lain macam kan? Iyalah, ini merupakan tahun pertama korang jauh daripada keluarga sendiri. Rutin tahunan pun berubah tidak lagi seperti zaman bujang dahulu.

Jadi untuk mengelakkan rasa nervous dan rindu kepada keluarga sendiri, apa kata korang cuba beberapa tips yang kami kongsikan ini. Tak perlu tunggu mereka buatkan korang rasa selesa, sebagai menantu korang patut mulakan langkah terlebih dahulu. Bagaimana?

Jangan malas! Tolong apa yang patut

Antara kualiti menantu idaman mestilah yang rajin menolong dan ringan tulang. Jadi, apabila kali pertama beraya bersama mereka apa kata korang tolong apa yang patut. Janganlah pula malas dan buat hal sendiri je.

Pecahkan kebuntuan dengan offer diri untuk menolong melakukan kerja rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya. Barulah sejuk hati mak mertua. Silap-silap lepas ni, terus jadi menantu kegemaran.

Banyakkan bersembang

Untuk mengelakkan rasa kekok, apa kata banyakkan bersembang dan bertanya apa yang perlu. Janganlah sombong. Kebiasaannya orang tua suka dilayan dengan ramah dan mesra. Meskipun topik yang dibualkan tidak ‘kena’ dengan jiwa korang. Layankan je!

Semasa bersembang, korang bolehlah ‘korek’ resepi rahsia dan menu favourite suami/isteri korang. Orang kata, sambil menyelam minum air. Apa salahnya kan? Jangan terlalu malu untuk memulakan perbualan, mana tahu dari situ muncul rasa sayang mertua pada korang?

Sediakan makanan kesukaan mertua

Tidak dinafikan, ada sesetengah daripada kita merasa janggal untuk bergaul mesra dengan keluarga mertua. Iyalah sebagai orang luar, perasaan malu dan insecure mesti ada betul tak?

Jadi apa kata korang pikat hati mertua melalui makanan kesukaan mereka. Cuba selidik terlebih dahulu apa menu wajib ada di hari raya, jadi korang bolehlah buat persediaan sepatutnya sebagai contoh belikan kuih raya.

Jangan berkira, duit raya jangan lupa

 

Nak mertua lagi happy, korang boleh juga belanja mereka keperluan raya seperti baju, tudung, kain pelikat dan sebagainya. Belilah ikut kemampuan, tidak semestinya ambil hati mereka dengan barang berjenama dan mahal sahaja. Sebenarnya tanda ingatan itu lebih besar maknanya daripada wang ringgit.

Yang penting jangan berkira dan kedekut. Kalau ada budget lebih, hulurkan juga duit raya ya!

Ikut beraya bersama mertua, kenal ahli keluarga

 

Kalau tengok mertua nak beraya rumah saudara, apa kata korang tunjukkan minat ikut. Bolehlah korang kenal saudara mara jauh dan dekat. Barulah nampak effort kita untuk mengenal keluarga dengan lebih rapat.

Ingat! Kita bukan sahaja berkahwin dengan suami tetapi berkahwin dengan keseluruhan keluarganya sekali. Kalau nak dilayan dengan baik, kita pun haruslah melayan orang dengan baik, betul tak?

Paling penting, budi pekerti & common sense!

 

Akhir sekali, sebagai seorang menantu kita haruslah mempunyai budi pekerti yang baik dan common sense. Jaga hati orang sekeliling, jangan terlalu celupar. Ini kerana budi pekerti yang baik automatik menyebabkan orang sekeliling menjadi selesa.

Disamping itu, korang juga haruslah lebih peka dengan first impression dari segi pemakaian. Ingat ya, jangan terlalu mengambil banyak masa untuk bersiap. Simple but nice lagi cun!

Jadi dah bersedia ke? Apa-apapun, Selamat Hari Raya!

BACA:

Sewa supercar untuk beraya dah jadi trend warga kota, kos cecah RM8K sehari

Chong Wei cerita pengalaman lucu makan kurma, “tersembur air teh..!”

Pesawat MAS Airlines ke Sabah tiba-tiba terjunam, penumpang menjerit ketakutan