7 cara untuk kurangkan gula dalam darah paling berkesan

Oleh INFORAKYAT

7 cara untuk kurangkan gula dalam darah paling berkesan. Statistik daripada Institut Diabetes Negara (NADI) menunjukkan bahawa hampir 2.5 juta golongan dewasa di Malaysia menghidap penyakit diabetes.

Tak kisahlah tua atau muda, kita semua kena ambil perhatian dengan tahap kesihatan masing-masing kerana penyakit boleh datang tanpa mengira usia.

Lebih-lebih lagi makanan ‘viral’ sekarang ini kebanyakannya mengandungi gula yang agak tinggi. Risau pula kalau badan kita dapat penyakit kencing manis.

Makan tengah-tengah malam pun boleh dapat risiko diabetes dan obesiti kerana insulin dihasilkan ketika badan anda tidak memerlukan banyak gula untuk tenaga.

10 Tips Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

7 cara untuk kurangkan gula dalam darah paling berkesan

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Twitter (@Doktor Samhan) oleh seorang doktor kesihatan, beliau meluahkan kerisauan selepas mendedahkan statistik daripada Institut Diabetes Negara (NADI) bahawa hampir 2.5 juta golongan dewasa di Malaysia menghidap penyakit diabetes.

Berikutan itu, Dr Samhan berkongsi beberapa tips bagi membantu orang ramai mengurangkan jumlah gula dalam darah.

Antaranya:

1. Kerap Melakukan Senaman

Senaman yang kerap dilakukan bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah ia dapat meningkatkan kepekatan insulin dalam badan.

Bila kita rajin bersenam, gula dalam darah akan digunakan sebagai tenaga dan tidak tersimpan sebagai lemak badan.

Antara senaman yang anda boleh dilakukan adalah seperti berjalan kaki, berbasikal, menari, berenang dan apa-apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Sambil kita layan movie pun boleh bersenam juga.

2. Kawal Pengambilan Karbohidrat

Setiap makanan berkarbohidrat yang kita makan seperti nasi dan roti akan dipecahkan menjadi gula paling ringkas iaitu dalam bentuk glukosa.

Kemudian, insulin yang berfungsi sebagai hormon yang menyeimbangkan gula dalam badan ini akan memindahkan gula menjadi sel.

Tetapi jika kita mengambil makanan berkarbohirat terlalu banyak, maka jumlah gula juga akan meningkat dan menyebabkan masalah kekurangan insulin. Kekurangan insulin akan menyebabkan glukosa dalam darah semakin tinggi.

3. Perbanyakkan Makanan Berserat

Nutrien serat boleh melambatkan pencernaan karbohidrat serta penyerapan gula dalam darah. Proses yang agak lambat ini boleh mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah secara mendadak.

Antara makanan yang mengandungi tinggi serat adalah sayur-sayuran, buah, kekacang dan bijiran.

Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.

4. Kekal Hidrasi Dengan Minum Banyak Air

Minum air yang mencukupi boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang juga dapat ‘membuang’ gula yang berlebihan melalui air kencing.

Individu yang banyak minum air juga lebih rendah risikonya untuk menghidap penyakit diabetes.

Pakar kesihatan turut menasihati orang ramai untuk meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas atau 2.5 liter air sehari.

5. Kawal Pengambilan Kuantiti Makanan

Antara faktor lain yang perlu diambil berat adalah dengan mengawal jumlah kalori makanan yang diambil setiap hari.

Tak salah kita nak makan lima atau enam kali sehari, asalkan hidangan tersebut dalam saiz yang kecil.

Makan kerap tak apa tetapi elakkan makan dalam kuantiti yang banyak. Beza ya!

6. Pilih Makanan Yang Kurang Indeks Glisemik

Apa itu Indeks Glisemik (GI)?

GI merupakan rujukan yang digunakan bagi mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat dapat meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas hidangan tersebut dimakan.

Jadi untuk mengurangkan gula dalam darah, anda perlu mengambil makanan yang kurang GI supaya tahap gula dalam darah tidak meningkat terlalu cepat.

Antara makanan yang kurang Indeks Glisemik adalah:

  • Makanan laut
  • Daging
  • Telur
  • Gandum
  • Barli
  • Kacang
  • Ubi
  • Jagung
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran

7. Kawal Tahap Stres Dan Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Tahu tak bila kita selalu stres, sebenarnya ia boleh menjejaskan tahap gula dalam darah.

Sebab itulah pesakit kencing manis yang kronik disarankan untuk kerap melakukan yoga dan meditasi bagi memperbetulkan semula masalah rembesan insulin dan menyeimbangkan kembali kandungan gula dalam darah.

Tidur yang berkualiti dan sekurangnya-kurangnya lapan jam sehari juga penting bagi memastikan kesihatan kita dalam keadaan baik.

8. Pantau Tahap Gula Dalam Darah

Selain itu, anda digalakkan untuk membeli alat glukometer yang berfungsi untuk mengukur tahap glukosa dalam darah.

Glukometer juga dijual secara atas talian seperti di Shopee dan Lazada. Nak beli di kedai farmasi, Watson atau Guardian pun ada.

9. Perbanyakkan Makanan Yang Tinggi Magnesium

Diabetes turut dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium.

Individu yang kekurangan magnesium lebih berisiko tinggi untuk menghidap penyakit diabetes.

Jadi mulai hari ini, perbanyakkan makanan yang kaya dengan magnesium seperti:

  • Sayuran berdaun gelap
  • Bijirin
  • Ikan
  • Coklat
  • Pisang
  • Kekacang

10. Turunkan Berat Badan

Bagi mencegah penyakit diabetes, anda disarankan untuk menurunkan berat badan supaya masalah kandungan gula yang tinggi dalam darah dapat diatasi pada masa akan datang.

Malah, dengan cara menurunkan berat badan ini dilihat lebih efisien berbanding memakan ubat sekiranya ingin mengurangkan risiko diabetes.

Penyakit diabetes dan kencing manis juga boleh menjadi punca seseorang menghidap masalah air kencung berbuih.

Jadi, jagalah tahap kesihatan anda dengan mengamalkan pemakanan yang tinggi nutrien kepada tubuh badan.

BACA:

Semua lantikan politik dalam kerajaan sebelum ini digugurkan serta merta

‘Berani Hawa buat macam ni, Neelofa pun tak pernah buat’

Satu rumah habis terbakar kecuali Al-Quran je elok, terus insaf bila tahu ini