6 tan ayam sejuk beku seludup dari Thailand dirampas di Kelantan

6 tan ayam sejuk beku seludup dari Thailand dirampas di Kelantan

Polis menahan dua lelaki dan merampas ayam sejuk beku seberat 6,600kg bernilai sekitar RM60,500 yang dipercayai diseludup dari negara jiran, di Kampung Ayer Lanas, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Ahmad Arifin berkata, dua lelaki berumur 18 dan 27 tahun itu ditahan pada pukul 9.00 pagi selepas polis memeriksa sebuah lori susulan maklumat awam, dan menemui 550 kotak berisi ayam sejuk ayam berkenaan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang permit import yang sah oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan gagal mengemukakan sijil kesihatan yang dikeluarkan dari negara asal untuk membawa ayam sejuk beku berkenaan masuk ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan itu diserahkan kepada MAQIS untuk disiasat di bawah Sekyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Pesalah boleh dihukum mengikut Seksyen 11 (3) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/12/polis-kelantan-rampas-6000kg-ayam-sejuk-beku-seludup-dari-negara-jiran/