Sering mengadu sakit belakang tetapi tidak menyedari punca sebenarnya datang daripada kebiasaan harian kita!
Banyak orang tidak sedar bahawa tindakan-tindakan kecil dalam kehidupan seharian sebenarnya memberi tekanan yang besar kepada tulang belakang kita.
Walaupun kelihatan remeh, tabiat ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika dibiarkan berlarutan.
Menurut Public Health Malaysia, terdapat beberapa sebab utama mengapa seseorang itu boleh mengalami sakit belakang, antaranya:
Duduk terlalu lama tanpa bergerak.
Membongkok ketika mengangkat barang berat.
Menggunakan kasut tumit tinggi terlalu lama.
Tidur dalam posisi meniarap atau menggunakan bantal yang terlalu tinggi.
Membawa beg berat hanya pada satu bahu.
Menyimpan dompet di poket belakang.
Pasti ramai antara kita yang sering melakukan salah satu daripada perkara ini, kan? Tak hairanlah kalau tiba-tiba rasa sakit belakang yang amat sangat!
Bagi mengelakkan masalah ini berlarutan dan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan, ada beberapa langkah mudah yang boleh kita ambil:
Lakukan regangan badan setiap 30 minit.
Pastikan postur yang betul semasa mengangkat barang.
Tidur dalam posisi yang menyokong tulang belakang, seperti tidur mengiring.
Pilih kasut yang selesa dan memberi sokongan kepada tubuh.
Jangan biasakan membawa barang berat di satu bahu sahaja.
Ingat, tulang belakang adalah asas utama tubuh kita! Mulakan dengan langkah kecil untuk menjaga kesihatan tulang belakang supaya kita dapat hidup dengan lebih sihat dan aktif. Tahu punca dan buat perubahan demi kesejahteraan diri kita!
BACA: Proses imigresen di KLIA jadi lebih pantas! Hanya gunakan MyBorderPass je