53000 anak muda terjerat dengan hutang, rupanya ini amalan yang tak patut dicontohi

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Gaya hidup ‘fear of missing out’ (FOMO) dan ‘you only live once’ (YOLO) kini semakin menular

Di kalangan belia di Malaysia, menyebabkan kesan negatif, terutamanya dalam pengurusan kewangan.

Trend ini membuatkan sebahagian anak muda Malaysia sanggup berhutang semata-mata untuk tidak ketinggalan

Dalam mengikuti trend gaya hidup terkini, walaupun pelaburan yang dibuat melebihi kemampuan kewangan mereka.

Isu yang mungkin dianggap kecil ini sebenarnya telah menjadi barah, di mana ada yang terjerat dengan beban hutang seawal usia 20 tahun.

53000 anak muda terjerat dengan hutang, rupanya ini amalan yang tak patut dicontohi

Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri, berkata kepada Berita Harian bahawa budaya ini

menyerang anak muda di negara ini, yang sanggup membuat pelaburan melebihi kemampuan mereka dengan misi untuk memenuhi kehendak, bukan keperluan.

Pelaburan yang melebihi kemampuan ini menyebabkan mereka sanggup meminjam untuk membeli gajet terkini tanpa memikirkan beban hutang yang akan mereka tanggung.

Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebanyak 53,000 individu berumur bawah 30 tahun dilaporkan menanggung hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.

Statistik ini menunjukkan bahawa situasi kewangan belia Malaysia semakin mencabar.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, turut mendedahkan bahawa 28 peratus rakyat Malaysia yang bekerja telah meminjam wang untuk membeli barangan keperluan harian.

Ini termasuk pinjaman untuk sewa rumah, perbelanjaan harian, dan keperluan asas lain, menunjukkan ramai di antara mereka tidak dapat mengurus kewangan dengan baik.

Kesan gaya hidup FOMO dan YOLO ini telah mendorong anak muda Malaysia membuat keputusan kewangan yang kurang bijak, ditambah pula dengan sistem hutang yang kini lebih mudah diperoleh sama ada melalui bank atau pelbagai platform pembiayaan alternatif yang ada di pasaran.

BACA: “Mak mentua sibuk ingatkan suami pasal adik ipar, meluat aku”