Wanita itu terlalu takut untuk berjumpa doktor bagi merawat masalah sakit perut yang dialaminya selama berpuluh-puluh tahun.
Seorang wanita di Brazil telah meninggal dunia hanya sehari selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ‘bayi batu’
Dia yang telah berada di dalam perutnya selama 50 tahun, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Star kelmarin.
Daniela Almeida Vera, yang berusia 81 tahun, telah menjalani pembedahan pada 14 Mac untuk mengeluarkan janin berkapur dari perutnya.
Menurut keluarga Daniela, wanita tersebut terlalu takut untuk berjumpa doktor dan merawat masalah sakit perut yang telah dialaminya selama berpuluh-puluh tahun.
Hanya selepas menjalani imbasan tomografi 3D, ‘bayi batu’ yang tersembunyi sejak kehamilan terakhir Vera itu akhirnya ditemui.
Keadaan yang luar biasa itu dikenali sebagai lithopedion, iaitu apabila janin meninggal dunia tetapi tidak diserap oleh badan ibu. Sebaliknya, ia kekal di dalam rongga perut dan mengeras membentuk cangkerang kalsium di sekelilingnya.
Vera, yang berasal dari suku pribumi berhampiran sempadan Brazil dan Paraguay, meninggalkan sebuah keluarga besar yang terdiri daripada tujuh anak dan 40 cucu.
BACA: Kerja jauh dari keluarga, bapa video call azankan anak baru lahir buat netizen tersentuh