5 pasukan bomba sukarela Parit Buntar terima sumbangan dari Mujahid

5 pasukan bomba sukarela Parit Buntar terima sumbangan dari Mujahid

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa telah menyampaikan sumbangan RM 10 000.00 kepada kepada lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dalam Parlimen Parit Buntar.

Dr Mujahid telah mengadakan kunjungan sempena Tahun Baru Cina ke lima-lima Balai Bomba Sukarela berkenaan untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

“ Lima Pasukan Bomba Sukarela terlibat ialah PBS Jalan Bawah, Kuala Kurau, PBS Kuala Kurau, PBS Tanjung Piandang, PBS Bagan Tiang dan PBS Parit Buntar

“ Setiap pasukan menerima RM 2000.00 bertujuan membantu penyediaan alatan penyelamatan dan meningkatkan motivasi bomba sukarela untuk terus berkhidmat kepada penduduk di Parit Buntar” katanya semasa menyampaikan sumbangan kepada PBS Parit Buntar di Balai Bomba Sukarela Parit Buntar, di sini.

Turut hadir Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad, Penyelaras DUN Titi Serong, Mohd Adnan Razali dan Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Mohammad Nakhaei Abdul Wahab

Beliau berkata, Pasukan Bomba Sukarela yang terdapat dalam parlimen Parit Buntar banyak membantu masyarakat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran, menyelamatkan nyawa dan harta benda.

“ Pasukan Bomba Sukarela perlu diperkasakan sebagai pasukan bertindak awal dalam membantu pasukan bomba di Parit Buntar
“ Saya memuji Pasukan Bomba Sukarela di Parit Buntar yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengumpul dana bagi penyediaan alatan penyelamatan” katanya

Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga merakamkan penghargaan kepada Pasukan Bomba Sukarela yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di Parit Buntar dan kawasan sekitarnya.

COMMENTS