5 kereta paling ‘rare’ koleksi Yang di-pertuan Agong ke-17, yang akhir tak pernah lagi orang pakai!

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pada 31 Januari 2024, Malaysia akan menyaksikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Baginda akan menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah dilantik pada 31 Januari 2019.

Dikenali sebagai pemerintah yang berjiwa rakyat, prihatin, dan berwibawa, DYMM Sultan Ibrahim juga merupakan peminat tegar kereta mewah,

5 kereta paling 'rare' koleksi Yang di-pertuan Agong ke-17, yang akhir tak pernah lagi orang pakai!

kereta sukan, dan kereta klasik daripada pelbagai jenama ternama. Baru-baru ini, rakaman menunjukkan baginda memandu sendiri kereta

model Dodge semasa berangkat pulang daripada Istana Bukit Serene sempena Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan.

Mari lihat beberapa kereta unik dalam koleksi kereta Sultan Johor.

koleksi kereta sultan johor

1. Morgan 3 Wheeler

DYMM Sultan Ibrahim pernah memandu kereta sukan klasik ini semasa Kembara Mahkota Johor edisi ke-20 pada tahun 2017. Morgan 3 Wheeler mempunyai reka bentuk badan yang unik dan dikuasakan oleh enjin S&S V Twin dengan sistem transmisi lima kelajuan Mazda.

2. Chevrolet Corvette C8 Z06

Chevrolet Corvette C8 Z06 adalah kereta ikonik dalam koleksi DYMM Sultan Ibrahim. Ia adalah Corvette pertama dengan enjin pada bahagian tengah dan pacuan roda belakang. Dikuasakan oleh enjin V8 6.2 liter, Corvette ini mampu mencapai kelajuan sehingga 502 PS dan tork 369 Nm.

3. Genesis G90 Limousine

@k1exotics Sultan of Johor’s C8 Convette Z06 spotted!!! 🔥🔥🔥 #convette #chevroletcorvette #sportscar #supercar #cartiktok #carlifestyle #carporn #cargram #carspotting #carswithoutlimits #americanmuscle #tiktokcars #johorsultan #johor #sultan #tunkuismailidris #tunkuidris #sultanibrahim #royalfamily ♬ son original – FYP 🤍🇲🇺

Limosin mewah dari Genesis, bahagian kenderaan mewah Hyundai Motor Group, dengan kemasan kulit semi anilin, kerusi penumpang boleh dilaraskan hingga 18 arah, dan pelbagai ciri mewah. Dikuasakan oleh enjin V8 5.0 liter atau 3.3 liter turbo berkembar.

4. Bugatti Veyron

Bugatti Veyron merupakan kereta super dari Perancis yang terkenal dengan kelajuan. Dikuasakan oleh enjin quad-turbo W16 dan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan, ia boleh mencapai kelajuan sehingga 407 batu sejam.

5. Mack Super-Liner Sleeper

Trak Mack Super-Liner Sleeper adalah trak paling mahal di dunia dalam koleksi Sultan Ibrahim. Dilengkapi dengan kemudahan mewah seperti sistem CCTV, dua TV skrin rata, dapur lengkap, katil dua tingkat, ruang barbeku, dan dikuasakan oleh enjin diesel enam silinder 16.1 liter.

6. Kereta Paling Unik – Replika Kereta Flintstones!

DYMM Sultan Ibrahim juga memiliki replika kereta Flintmobile daripada siri animasi ‘The Flintstones’. Replika ini dihadiahkan oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dan meskipun tidak menggunakan kuasa kaki, ia dilengkapi dengan motor untuk bergerak seperti kenderaan moden. Yabba-dabba-dooo!

BACA: “Abang ipar langsung tak jenguk kakak sakit tenat kanser tahap 4, banyak sangat alasan dia, bila aku intip nampak ada perempuan dalam rumah”