5 kereta dan 2 lori punca trafik lebuhraya utara selatan hampir 3 jam sepanjang 10km pagi tadi

Oleh DAHLIA MARZUKI

Trafik dilaporkan sesak sepanjang kira-kira 10 kilometer susulan kemalangan yang melibatkan dua lori dan lima kereta

Di Kilometer 274.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Ainsdale, pagi ini.

Menurut kenyataan PLUS, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.18 pagi.

Sehingga jam 10 pagi, aliran trafik dari arah selatan menuju ke ibu negara masih bergerak perlahan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan,

5 kereta dan 2 lori punca trafik lebuhraya utara selatan hampir 3 jam sepanjang 10km pagi tadi

Superintendan Muhammad Zaki Ramat, mengesahkan kejadian tersebut.

“Pegawai penyiasat masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.

Tahap kecederaan mangsa masih belum dapat dipastikan dan maklumat lanjut akan diberikan kemudian,” katanya ketika dihubungi.

BACA: Penumpang kecewa bayar tambang untuk naik kapal terbang tetapi yang dapat hanya bas